my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Labu Manis


Salam Sejahtera....

Hari pertama umat Islam menyambut bulan mulia hari ini. Malam tadi, handphone aku dan suami bertalu2 dengan panggilan dan sms di terima. Ucapan dari teman2 dan keluarga sempena menyambut Ramadhan ini sekurang2nya melegakan hati kami yang jauh di rantau orang. Jauh ke? Jauh juga la kan.........kena seberang laut tuu........aku dan keluarga di sini mendoakan semuanya agar dapat menjalani ibadah dengan keadaan yang sihat dan tiada halangan.


Malam tadi kami tak dapat terawih di masjid atau surau kerana menjemput adik ipar di Tuaran selepas maghrib. Sepanjang jalan, sesak dengan kereta............mungkin ramai yang ambil kesempatan cuti Sabtu dan Ahad ini untuk pulang ke kampung masing2. Cuti sekolah pun dah bermula.


Petang semalam, tekak rasa nak makan kek pula. Ingat nak buat kek carrot lagi tapi carrot dah habis pula, di bedal si tok K ku itu.........takkan nak makan makanan segera hari2, sekali sekala dia nak juga makan carrot atau salad. Buka peti ais, yang ada buah labu. Bila ku timbang, tak cukup pula sukatannya seperti dalam resipi. Hemm.......belasah je la......kalau jadi tu dah kira nasib baik.


Bagi mereka yang nak mencuba Kek Labu Manis ni, boleh le cari kat blog Matgebu.........terima kasih ye cik Mat!! Sedap la resipi awak ni........lembut rasanya, macam rasa kek pisang pun ada juga. Tapi aku rasa lebih sedap kek labu ni....


nota: bulan puasa ni rasa nak cuba semua resipi baru......kalau rajin la...

2 ulasan:

  1. Kite pon teringin nk makan kuih2 berlabu nie.. tp musim labu tak sampai lagi..huhu..kena tunggu dulu...

    BalasPadam
  2. disana ada musim ye? kat Sabah ni mahal sikit berbanding di semenanjung...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)