my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ramadhan dan Merdeka


Salam Sejahtera....
Minggu lepas juga abang ipar ku datang lagi, bermalam di Hotel Promenade semalaman dan esoknya terus pulang Semenanjung. Ada sedikit kiriman dari kakak........belacan....selama di Sabah, aku hanya guna belacan 'maggi' dlm botol. Ntah kenapa aku tak sesuai dengan belacan di sini. Tapi kalau satu hari nanti 'terdesak', mungkin aku akan guna juga.
Terlanjur dia nak datang, kami pesan sekali bendera Malaysia sebab kat tempat abang ipar ku ni, berlambak bendera.....dapat free lagi. Kalau nak beli kat luar, mau RM5 kot? Maksud ku yang besar tu......gambar tu yg kecil punya, yang besar dah bagi2 kat jiran kiri kanan dan kawan2 suami.
Sambutan merdeka kali ni dalam bulan puasa pula. Ada ke orang nak pergi tengok perarakan? Musim2 penyakit ni, aku rasa lebih baik tengok tv kat rumah je........puasa pulak tu.....mana yang ada anak, takkan nak pikul anak kehulu kehilir? Fikirlah mana yang baik untuk keluarga.
Selamat berpuasa dan selamat menyambut Merdeka 31 Ogos nanti pada teman2 blogger sekalian.

4 ulasan:

  1. kak, nak berpanas kat luar tu, uli n gentel2 kuih raya lagi masyukkkk..heheheheh..anyway selamat berpuasa n semoga amal ibadah akan diterima olehNya.amin

    BalasPadam
  2. haha...slmt menggentel kuih raya Aina!!

    BalasPadam
  3. salam kak zana..
    selamat menunaikan ibadah puasa yg akan tiba..
    kak dtg uma amek bunge ye ..:)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)