Hari Rabu lepas aku call mak mertua, tanya macamana dia buat tapai pulut. Ada orang jual kat sini tapi aku teringin pula nak rasa tapai buatan sendiri. Jadi hari Khamis pagi2 aku dah rendam pulut lebih kurang 6 jam gitu. Tengahari, aku pun mulakan projek tapai ni. Bukan banyak pun, dalam 300 gm je.............
sebiji ragi
1 kg beras pulut
Mak kata, memula kukus beras pulut tu hingga masak. Kemudian angkat, masukkan dalam bekas yang kering dan gaul dengan setengah gelas air. Kacau rata dan kukus lagi sekali. Kukus sekejap je lepas tu angkat dan biarkan betul2 sejuk baru tabur ragi atau yis. Kemudian boleh perap selama 2 hari samada dalam tupperware atau daun pisang. Pantangnya, jangan di buka . Ikutkan hati aku memang nak tengok setiap masa tapi aku tabahkan hati agar jangan buka penutup tu.........akhirnya.......
sebenarnya baru hari ni aku rasa tapai tu walaupun hari Sabtu dah boleh makan, demam selsema melanda la pulak..........
salam..waa sedap ni..sy memang suka makan tapai manis ni ....
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamnampak sedap...tp resepi mak neisya pulut tu rebus ngan air...dah sejuk...letak ragi...tak pernah lagi cuba kukus dua kali ni...mesti ada sbb, cuba tny mertua zana..sbb kalau kukus selalu tapai akan jadi peroi(faham ke istilah ni?)tp yg zana buat nampak ok je....
BalasPadammasuk dari blog ina..:)
wah..sedapnyeee....
BalasPadamsedap tu... berair... mesti manis...
BalasPadamAndi....mmg manis pun mcm tuan dia...heh..prasan.
BalasPadamniesya....mak selalu kukus, elok je tak peroi mcm niesya ckp tu. tp yg kakzana buat mmg ada peroi skit sb tak pandai kukus. kira ok la tu...janji manis.
ina...sedap tak tertelan, manis sgt.
kak-e....ha..tu belum rasa lagi, melekat kt tekak ni.
wahhhsedap tu tapai kak..tp seri x pndai nk mkn..
BalasPadambetol ke kak org ckp kalo wat tapai kite kena senyum/manis br tapai tu manis kalo masam je nnt tapai pon rasa masam..hehehhe ada2 je kan..
Salam ziarah
BalasPadamTapai sekarang ramai jgk letak dlm tupperware ek... senang sikit nk buat.. kat umah selalu muncul time raya je tapai nie...
BalasPadamkak sedapnyer tapai, dah lama tak makan.
BalasPadamyeay menjadi :)
BalasPadamtak pernah buat tapai.sbelum kawin suka jugak makan.sejak kawin .jarang..sbb panas kan