my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Terong Sambal


Salam di hari Jumaat yang mulia ni para sahabat kakpb yang di kasihi. Terkezut ke tengok blog kakpb hijau tetiba, ada koala comel pulak tuh!! Ni sementara tengah bosan, lepas ni nak godek lagi kalau ada masa. Sekarang ni kakpb jarang dapat mengadap lappy lama-lama sebab mengejar masa untuk memasak dan kerja-kerja lain.

Hari jumaat pula anak bujang dan ayah dia balik awal dari sekolah. Kalau balik tu, selak je pintu dah tanya, ibu masak apa? Kasut tak buka lagi, beg tersandang pun tak letak lagi dah macam lapar sangat rupa tu. Dia tak tahu ibu dia hari2 memerah otak nak masak apa. Masak yang biasa2 nanti bosan katanya. Mu ingat, ibu mu ni chef tersohor ke? Hari-hari nak selera mat saleh, mana boleh tahan? Tekak ibu ni tekak orang jawa, ayah pulak selera Kelantan, kenalah ikut!!

Walau si bujang kakpb tu agak cerewet pasal makan, kakpb tak layan sangat. Budak ni bukan boleh kita turut je kemahuan dia. Lemak jadinya.....
Masak terong macam ni memang kesukaan kakpb dan famili, tak termasuk anak bujang tu. Resipi simple berlambak kat internet. 

TERONG SAMBAL
@blogsurirumah

2 biji terong
garam dan kunyit
air asam jawa sedikit
cili merah atau cili kering mesin boleh juga
2 ulas bawang putih
2 labu bawang besar
sejemput ikan bilis (tumbuk)
sedikit kicap (takde pun takpe)
sedikit gula

Potongkan terong ikut suka, samada menyerong atau memanjang. 
Garam kunyit terong dan goreng separuh masak.
Angkat terong dan ketepikan.
Tumbuk atau mesin cili merah, bawang merah, bawang putih, ikan bilis.
Tumis bahan tumbuk dan masukkan asam jawa serta gula.
Kalau nak gelapkan, letak kicap.
Dah masak, tuangkan atas terong yang dah goreng tadi.




13 ulasan:

  1. Assalmualaikum hemm sdp tu lauk sambal terung...kat rmh akk kalau buat mmg laku....

    BalasPadam
  2. Bagus lah kalu masak Terung bebudak tu mahu makan. Saya sendiri tak suka terung, so memang terung tak masuk dalam rumah.

    Betullah, bebudak balik sekolah jer terus tanya, rini mak masak apa? kan?

    Kita yang pening! hahaha

    BalasPadam
  3. Saya memang minat terung ni. Terung sambal memang feveret dan juga terung pajeri..nyumsss

    BalasPadam
  4. akak mujur share resepi ni...rupanya nak sedap lagi buh ikan bilis tumbuk ye...sedap tu...biasa saya buat sambal biasa je..boleh dicuba ni..

    BalasPadam
  5. blog ini nampak muda sepuluh tahun hari ni!!

    rakyat kat rumah sy tak minat masak macam ni, kalau sy masak juga alamat sorang2lah ngadap terung sampai lebam, hehehe. Apapun ia adalah lauk pilihan sy jika ada di kedai makan!

    BalasPadam
  6. Banyaknya kaola ke panda ni zana? Comel-comel - post satu utk kakak hihi..

    Terung sambal akak pun suka zana.

    BalasPadam
  7. Tambah daun mint kak untuk aroma moden

    BalasPadam
  8. Akak panggang atau celur je...cicah budu yum..yummmm

    BalasPadam
  9. pastikan dalam terung ada ikan bilis sekali...

    lazat tu...

    BalasPadam
  10. Salam K.Zana..mmg sedap klu terung msk camgini..biasa msk pajeri,jemu gak...

    BalasPadam
  11. salam zana. Semalam bundo masak sambal sardin taruk terung. Laju je bebudak makan. sedap terung ni kalau di sambal.

    BalasPadam
  12. bila masuk blog zana ni akk selalu terliur.masakan semuanya yang akk suka makan..dahlah akk ni jarang dapat memasak.sambal terung ni Oya paling suka makan..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)