my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan Pari Masak Lada Gaya Chef Ismail


Haaa...bukan main panjang lagi nama masakan ikan pari ni. Nama je Chef Ismail tapi kakpb ambil kat blog MatGebu. Kakpb takde terong macam Mat letak. Maklumlah....masa masak ni, cikgu fahmi takde kat rumah, jadi masak ikan tu togel je tanpa hiasan sampingan..:)

Bagi kakpb, sedap rasanya. Lain kali boleh cuba ikan lain pula. Terus pada resipinya lah ye. Kakpb sibuk pepagi ni, nak cepat. Minta halal ye Mat, kakpb copypaste je ni.

IKAN PARI MASAK LADA GAYA CHEF ISMAIL
copypaste: MATGEBU
oleh: @blogsurirumah

 BAHAN-BAHANNYA :-)
1 kg ikan tenggiri (kakpb guna ikan pari)
2 camca besar kerisik
80 gram asam jawa
500 ml air
2 senduk nasi cili kisar
1 biji terung biru, belah 2 dan hiris serong besar2
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa


BAHAN KISAR KERING :-)
1 camca teh lada hitam
1/2 camca teh jintan manis
1/2 camca teh jintan putih
1 camca teh ketumbar biji

BAHAN KISAR HALUS :-)
10 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 cm belacan
4 cm halia
4 cm kunyit hidup

CARA MEMBUATNYA :-)


  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar halus hingga wangi, tambah bahan kisar kering dan tumis sekejap. Masukkan cili kisar dan terus menumis hingga cili garing dan terbit minyak. Guna api sederhana dan kacau selalu.
  2. Masukkan jus asam jawa dan juga kerisik, kacau dan masak sekejap. Tambah ikan, kacau perlahan dan renihkan hingga ikan masak. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. Jika nak kuah lebih, boleh tambah sedikit lagi air. Hidangkan bersama nasi putih dan ulam2.

 

20 ulasan:

  1. Salam kak YangS ;-)..sedap ni kelainan sikit dr yg kita selalu masak kan...mcm asam pedas tpi x sama kan...ikn pari tu best bangat..akak gun ikan pari apa ek..trbal je isi dia..

    BalasPadam
  2. Kena cari nasi panas ni... rasa lapar pulak tengok lauk ikan pari walaupun baru lepas sarapan!

    BalasPadam
  3. Ada ikan masin tak? Or telur masin? Perhhhh!

    BalasPadam
  4. Oh bubuh ketumbar jintan semua zana. Kakak teringin nak cubalah. Mesti sedap ni...

    BalasPadam
  5. nampak macam asam pedas ni..tengok menyelerakan betul! thanks share resipi

    BalasPadam
  6. ada kelainan ni.. mesti lain dari rasa asam pedas yang biasa..

    BalasPadam
  7. Salam kak yang...
    ada tambhan pd resepinya...kn try :))

    BalasPadam
  8. sedapppnyer... mahu 2 pinggan nasi tambah ni...:)

    BalasPadam
  9. Salam kak pb.. dh lama x beli ikan pari. biasa kalau beli ikan pari mesti hasben tun nk mkn asam pedas. len kali blh try resepi baru cam gini pulak.

    BalasPadam
  10. wooo... terbaik...

    BalasPadam
  11. Memang lain dari resepi asam pedas biasa. Sure sedap ni..Saya suka sangat pari masak asam pedas..perghhh

    BalasPadam
  12. Ouh, mgkn inilah lauk yg kwn sy asik kate sedap tu. Dia kata masak lada. Sy tny, masak lada? Sy mmg tak terbayang.

    BalasPadam
  13. terbaik.... ikan pari tu salah satu ikan feveret saya tu..hehehe

    BalasPadam
  14. banyak rerempah dalam tu,mesti menyengat kuahnya..

    BalasPadam
  15. sedap ni.dah lama tak masak ikan pari ;D

    salam maulidul rasul ;D

    BalasPadam
  16. @Sury Abil
    Sury tanya kat org jual ikan tu, mana ikan pari yg biasa dibakar punya. Ni akak beli ikan pari kecil2, katanya manis. Kalau besar kurang sedap kot.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)