my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ikan Yu, kali pertama


Pernah makan ikan yu?? Masa kakpb baru menetap di Sabah, serius....kakpb takut tengok ikan yu melepak atas meja penjual ikan. Besar-besar you, kalau kecil ok juga. Memang tak lalu la nak masak apa lagi makan.

Baru-baru ni kakpb sebenarnya nak ikan pari. Ikan yu ni pula sebelah dengan ikan pari. Cikgu fahmi tanya, nak ke ikan tu? (kakpb ingatkan pari) Nak la.....anak bujang awak kan suka ikan pari. Bila dah siap bungkus, rupa-rupanya ikan yu daaaa.....

Sebab dah terbeli, masak la jugak, kan....fikir punya fikir tak reti nak masak apa. Kakpb goreng salut tepung. Lepas tu masak ikut suka hati, letak sos tiram, black pepper, tepung jagung, garam dan gula. Hiaslah cili dan karot. Anak bujang kata sedap!!

Maaf la ye pada mereka yang rajin komen blog kakpb ni. Selekeh je kan? Komen pun tak reply kat sini. Kakpb pergi komen blog korang nanti. Sebenarnya nak ubah suai juga blog ni, nampak kusam je.....tapi mood tu kelaut pula perginya. Sekarang masa agak kurang depan blog. Walau bagaimana pun kakpb rajin bertwitter. Siapa2 ada twitter jom la join, hilangkan bosan.

19 ulasan:

  1. Tak pernah makan ikan yu..Confirm sedap ke?

    BalasPadam
  2. Salam
    Pernah makan sekali...Kari ikan yu :)

    BalasPadam
  3. tak pernah makan.rasanya sama dgn ikan ape ye kakpb?

    BalasPadam
  4. Rasanya ikan yu ni, kulit dia tebal dan macam berpasir. Biasanya penjual memang akan buang kulit tu untuk kita. Isi dia tu yang sedap buat goreng tepung tu.

    Betul tak?

    BalasPadam
  5. kita tak makan ikan yu ....
    kalau terbeli ...alamat sedekah ke kucing laahh

    BalasPadam
  6. sy pernah juga mkn ikan yu ni sbb arwah ayah suka... jd mak terpaksala kena masak.. hihi.. selalu mak masak kari letak daun kesum byk2.. sedap!
    bila dah kawin ni.. en. hubby suka juga beli ikan yu.. katanya org india suka beli ikan yu (bila dia borak ngan india kat pasar tu.. hehe) sbb boleh dijadikan ubat cacing bagi anak2 kecik... jd dia pun adalah juga beli sekali sekala... tp mmg bagusla bg budak2 mkn ikan yu ni sbb biasanya ikan yg besar ni.. bila masak guna isi tanpa tulang... senang anak2 nak mkn.. anak2 sy pun kata sedap.. sy pun boleh jugak mkn.. ada beberapa resepi ikan yu dlm blog sy yg pernah sy cuba.. bolehla kak PB cuba kalau takde idea nak msk apa dgn ikan yu ni..

    BalasPadam
  7. Macam kata Madiha tu betul Zana kata org tua-tua ikan yu bagus utk budak-budak. Kawan kakak cina kan memang dia selalu beli ikan yu sebab anak dia kecik-kecik lagi. Tulang tak ada mudah nak bagi makan.

    Kakak tapi belum pernah beli. Lain kali nak cuba jugalah..

    BalasPadam
  8. salam k.zana.....lama rasanya tak jenguk akak. btw bercerita ttg ikan yu ni pun saya sama dgn akak. mmg gerun tgk ikan yu yg berlambak atas meja pasar @Brunei ni. dorg mmg suka ikan yu ni. kalau nak beli ikan masin @sini pun mmg byk yg ikan yu compare tu ikan2 lain. saya mmg tak berani & reti lagi beli, masak mahupun makan. huhu!!!jakun

    BalasPadam
  9. Salam Zana,

    masa teramat kecil dulu pernah makan ikan yu masa kari. Lepas tu tak pernah lagi.

    Kata orang ikan yu kecik sedap dimasak kari. Wallahuwa'lam.

    BalasPadam
  10. Salam kak pb.. tun pun sgt jakun masa mula2 nmpk ikan yu kt pasar! hehe.. kt miri byk ikan yu, kt bintulu kdg2 tu ada jual. tp mmg xberani nk beli. hihi

    BalasPadam
  11. Klu kak Nurul biasa mkn ikan yu yg dah dimasinkan tu.

    BalasPadam
  12. entah apa lah rasanya kan ikan yu ni???

    BalasPadam
  13. Rasanya tak pernah makan.. Teringin juga nak cuba rasa..

    BalasPadam
  14. salam kak...mmg sedap ikn yu ni kite prnh mkn,MIL yg masak,chinese style..kadang2 buat kari pun sedap..elok ambik ikn yg sz sedang2 kalau besr sgt cam geli sikit nk mkn..uihh..lme dh mkn.mana nk cari ni..

    BalasPadam
  15. kita pun baru sekali beli ikan yu..isinya banyakkan...

    BalasPadam
  16. tak ingat pernah makan ke tidak ikan yu tapi selalu jumpa kat pasar.. mesti sedap kalau Aziz puji sedap..

    BalasPadam
  17. lamanya ilah tak makan ikan yu. dulu masa dikedah masa sekolah tok selalu masak kari kak zsna.. kat KL ni tk pernah jumpa ikan yu kak..

    BalasPadam
  18. tak pernah makan. Di katakan baik untuk kanak2 kan untuk buang cacing..

    BalasPadam
  19. tak makan.mak mertua suka buat kari ikan yu :D

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)