my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Ketam Percik

Ramai yang terkezut dengan entry kakpb yang lepas eh? Biasalah tu, hidup ni penuh dugaan dan rintangan. Bagi kakpb apa pun yang datang melanda rumahtangga kami, alhamdulillah kakpb punya sokongan padu dari keluarga dan teman-teman tersayang. Insyaallah, tewas tu tidak ada dalam kamus hidup kakpb. Kakpb anggap orang yang tidak diperlukan dalam keluarga kami adalah orang yang 'desperate'!!!! Hahaha....kakzakie ingat ayat ni?? Nakal tau...

Ok, dah lama tak tulis pasal masak2 ni. Hari minggu lepas kakpb ke pasar besar kk, banyak betul ketam. Beli 3 ekor yang besar2 dapat harga RM20, itu pun beli dengan orang yang dikenali. Mulanya nak goreng macam biasa, tapi bosan pula. Nak masak lemak pun bosan juga. Merayap ke blog-blog orang, jumpa idea masak ketam percik. Terima kasihlah pada tuan punya blog, kakpb lupa pula nak save blog mana.



KETAM PERCIK
@blogsurirumah

3 ekor ketam, siang dan bersihkan
1 cwn santan pekat
3 sudu cili kering atau cili tumbuk
3 ulas bawang putih
3 biji bawang merah kecil
1 labu bawang besar
1 btg serai, di titik
sedikit kunyit hidup dan halia
garam dan gula

Tumis bahan kisar iaitu cili kering yg di mesin, bawang putih, bawang merah kecil, bawang besar, halia dan kunyit.
Setelah naik baunya, masukkan santan pekat dan serai.
Masukkan ketam dan kecilkan api.
Masukkan garam dan gula.
(kakpb tak guna kerisek)
Bila ketam dah masak, bolehlah di angkat.

Anak dengan ayah dia memang suka sangat makan ketam tapi anak sikit, ayah yang lebih:)

17 ulasan:

  1. dgr tajuk pun dah terliur... uhuhuhuh

    BalasPadam
  2. aduhhh lapar terus pagi2 ni tengok ketam

    BalasPadam
  3. Desperate sangatlah tu biar dia!!

    Meh kita makan ketam percik lagi sedap kan zana kan... kan...:)

    BalasPadam
  4. uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!!!!! nakkkk!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! tp allergic ketam, xleh makan lgsg walaupun sket.

    BalasPadam
  5. ok nak buat la weekend ni, tenxs kak!!

    BalasPadam
  6. Kak PB, Kc dah datang ni. Kak PB sehat? Kc tak penah lagi makan Ketam percik. Haihhh .. bestnya kalo berjiran dgn akak ni. buleh tumpang semangkuk dua. hihihi.

    BalasPadam
  7. besau nye ketammmm...
    tak muat mulut ucu yg comel ni...hihihi..


    BalasPadam
  8. wow. sangat terliur.

    BalasPadam
  9. assalam kak zana,
    sedapnya ketam!!..belum pernah masak ketam percik..boleh masuk list ni kak..dah lama tak makn ketamm..:)

    BalasPadam
  10. Aslmkum k.Zana
    ketam percik belum pernah rasa...tp nengok pun dah tahu sedap.
    bagus k.Zana +ve dlm menghadapi dugaan....moga k.Zana sekeluarga tambah bahgia...

    BalasPadam
  11. selalu saya dengar ayam percik je, ni first time dengar ketam percik..

    BalasPadam
  12. Pertama kali tahu ada menu Ketam Percik. Wahhhh...!

    Saya selalu masak Lemak Cili Padi saja. Yang leceh, nak mengerjakan ketam tu.

    BalasPadam
  13. idea baru ni, lain kali boleh cuba sebab bapak ngan anak kat umah tu memang hantu ketam!

    BalasPadam
  14. Hi, nice blog,.. :) Visit me back if u dont mind.
    duniavitaminsemulajadi@blogspot.com

    BalasPadam
  15. sedapnya masak ketam ni. terima kasih kongsi akak yea.

    BalasPadam
  16. Suka ketam... Alahai sedapnya... Nanti nak cuba juga..

    BalasPadam
  17. Nanti nak try la... Cam best je...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)