“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman.” – (Surah Al-Imran:139)
Raya2013 : Biskut Samperit, keretapi malam dan Syawal
Tak habis lagi tayang gambar raya kami, janganlah mengata kami nak tayang rumah atau baju raya.....taaaak...saja nak simpan sebagai kenangan tahun 2013 ini. Lagipun ini bukan rumah kakpb tapi rumah abang ipar, kami ni menumpang beraya je.
Gambar keluarga yang tak berapa lengkap, ramai lagi yang belum jumpa masa ni. Rumah adik perempuan kakpb di Semenyih. Sekarang anak2 saudara semua dah membesar, tak terasa riuhnya. Kalau dulu, pening kepala bila mereka berlari sana sini. Paling kecil yang dalam perut adik ipar kakpb, belum lahir lagi.
Sebut pasal kelahiran baby, kakak kakpb terima juga 'cucu' petang raya pertama. Mok melahirkan empat anak sulung tapi tiga ekor mati dan hidup seekor. Sayangnya Mok tak pandai jaga anak. Lepas beranak pun dia tak bersihkan diri dia. Uri anak pun kakak yang tolong potongkan. Lucunya dia seolah2 hairan tengok anak dia tu menguit-nguit. Mungkin dia tertanya, apa yang keluar dari perut aku ni? Kakak terpaksa bagi minum susu kambing kerana ibunya langsung tak mahu dekat. Kami berikan nama Syawal.
Sayang, selepas dua hari lahir, Syawal menghembuskan nafasnya. Sedih juga ketika lihat instagram anak buah menyatakan Syawal dah tiada. Mungkin salah susu kambing tu atau dia tak dapat pelukan kasih dari ibunya.
Oklah....tutup cerita Syawal.... kakpb nak share resipi kakak yang diambil dari emak. Asalnya kakak kakpb ambil dari seorang saudara kami di Johor. Dia kata, ni resipi dari emak awak juga....hehe....emak tak bagi resipi kalau tak diminta. Nak tau resipi dia, kena tengok apa yang dia masak. Jadi, kakpb ni masa dulu2 memang tak tau resipi emak melainkan asam pedas, laksa johor. Kakak lebih rapat dengan emak kerana dialah pembantu setia emak dari adik-adik kecil hingga sekarang. Banyak jasa kakak pada emak. Bukan macam kakpb ni, datok bela masa kecil lepas tu selalu pindah randah duduk dengan makcik di JB dan Trengganu. Bila tinggal balik dengan emak, kerja pula selama 12 tahun. Memang tak pandai sangat bab memasak seperti kakak.
Biskut samperit ni kakpb terpaksa buat juga pada raya ke dua, atas permintaan anak bujang kakpb. Dari KK lagi dia dah request. Kakpb tangguh2kan hinggalah menjelang malam raya, tak juga buat. Akhirnya kakak kakpb yang adunkan resipi emak ni dan kakpb hanya tolong taburkan gula hijau tu..... kata kakak, bukan susah buat samperit ni, cuma perlukan kesabaran sedikit je.
BISKUT SAMPERIT
@blogsurirumah/resipi kakak
1 cwn gula halus
1 buku buttercup
1 cwn tepung kastad (yg kuning)
1 biji telor
sedikit vanili
1 sb susu pekat
1 atau 2 cwn tepung gandum (lebih baik guna red rose) bergantung pada adunan
Gula pasir yang di warna untuk tabur atas biskut
Cara membuatnya:
Dalam bekas, masukkan buttercup dan gula. Gaul sebati guna senduk kayu saja.
Gula tak perlu terlalu kembang sangat (kalau ada rasa kasar2 sikit pun takpe)
Masukkan telor dan gaul lagi.
Masukkan vanili dan susu pekat.
Kemudian masuk tepung kastad.
Akhir sekali masukkan tepung red rose sedikit2.
Masuk adunan dalam acuan samperit.
Jika suka hiasan, taburlah gula diatasnya.
(gaul pewarna kesukaan dalam gula pasir)
Siap, dapat 3 botol (lebih kurang) sedap dan rangup. Ikut style kakak, dia tak suka tabur gula (biasalah, dia tu ikut macam emak) tapi kakpb suka kaler2 (macam anak dia...hehe). Satu botol untuk kakpb, satu botol untuk emak kelantan dan satu botol untuk kakak. Itulah kuih raya dia tahun ni. Memang dia tak buat langsung sebab sibuk jaga cucu.
Raya kedua malam, kami bertolak ke pantai timur dengan keretapi malam. Pilihan anak bujang, nak katil atas. Ayahnya pun kat atas (silap pilih katil masa booking...haha...) kakpb sorang kat bawah. Kali ni kakpb rasa cepat pula sampainya. Tahun lepas banyak kali berhenti, lama pula tu. Naik 9 mlm sampai 9.40 pagi esok.
Dari mula naik, baca buku kejap lepas tu ngadap game. Terus tidur sampai ke pagi, dikejut pun taknak bangun lagi. Sedap sangat agaknya tidur dalam keretapi? Kita ni sekejap bangun, sekejap baring, tak lena tidur.
Bersambung nanti bila sampai sana............
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Biskut dulu-dulu ni tapi tak muak berbanding yg trendy sekarang ni zana.
BalasPadamsedihnya dia tak pnjng umur.. huhu...
BalasPadamsalam aidilfitri.. :)
saya membayangkan berapa banyak beg yg Kak PB bawa sepanjang berkelana ni....???
BalasPadamsalam kak.. selamat hari raya buat akak sekeluarga .. meriahnya raya ... sedih pulak dengar cerita sal anak kucing tu huhu
BalasPadamSalam kak PB... muda lagi nampak.. entah2 sy yg kakak.. hehe..
BalasPadamseronokkan berkumpul ramai2.. sy tahun ni berkumpul ngan adik beradik suami je..
tak pernah blk kg naik keretapi kak... mcm best je boleh tidor.. tp kalau penumpang tertidur tak sedar sampai destinasi mcmana kak? ada org kejut tak? hehe...
assalam kak pb
BalasPadamtakper kenangan raya kan utk anakcucu kita nanti tgk
kita abadikan disini
wah bestnya naik keretapi ,teringin sy nak balik kg dgn keretapi tp lum siap lagi yg baru utk ke Taiping tu
semperit biskut wajib raya
tak pernah lagi rasa naik keretapi jalan jauh cenggitu..
BalasPadamAssalam kak PB, biskut samperit memang sangat nostalgia di pagi raya..
BalasPadamselamat hari raya kak PB
Salam kak PB.. rindunyer nak naik trainnnn.. tun mmg suka naik train katil nih..1st time naik train masa kt matrix, sbb ganu xde train, nk sgt merasa naik train katil, sanggup naik bas ke kb pastu naik train ngan kawan gi KL. hihi.... pastu masa wat master kat kubang kerian, selalu la jugak naik train malam ke segamat umah mertua. mmg suka tido atas katil train.
BalasPadamTakotnya cucucucuck cucuck giturwwww
BalasPadamsuka biskut samperit..tapi nk buat tak berapa pandai...
BalasPadamtak merasa naik train jauh2 macam tu tau..
SHRMZB wat kakpb sekeluarga ye!
BalasPadamemak akk pun buat semprit tabur gula kaler merah.memang sedap..
BalasPadamSalam lebaran kak...suka tang semprit tu...klu mkn satu ,terus cecah dua.., ganjak tiga pulak..aissshhh..lebih dr itu..
BalasPadam