my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Walau mewah! tidak tergoda

Assalammualaikum...
Entry simple je hari ni. Lepas pukul 10 nanti nak ke KL.....shopping time:
Cuma nak cari seluar dan kasut anak...
Sambil menyelam, kita minum air (eh..puasa) puan blog nak juga tudung sehelai dua...

Semalam sempat ronda bazar ramadhan berdekatan....huhu....ikutkan nafsu, memang semua nak. Tapi alhamdulillah kakpb terkawal dek kerana niat dihati taknak pembaziran. Beli yang penting je, roti john, air tebu dankuih akok. Itu pun tak habis makan ramai2 kerana dirumah ni ada mee sup dan cekodok cicah kuah kari.

Minta maaf kalau tak sempat balas kunjungan sebab tak tahu apa agenda kami sekeluarga di KL

2 ulasan:

  1. masa ni lah seronok shopping sbb ramai org juga shopping cam kita . ada la rasa suasana nak raya ...

    BalasPadam
  2. seronoknya kak pb dah sampai semenanjung.. lambatnyer selasa nk balik jugakkkk..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)