my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kacang Buncis Goreng Lemak

Assalammualaikum semua blogger yang kakpb kasihi....

Rindunya kakpb nak menaip entry2 yang banyak tertangguh. Ni dapat kejap guna lappy hubby. Selalunya kakpb tak dapat guna sebab tablet dan laptop di konker oleh lelaki berdua itu. Candy crush la...bola la...hingga kena sound dengan kakpb....haaa..makanlah game tu kalau lapar!! Teringat twit kawan kakpb sorang tu...."orang sibuk berperang bagai di Mesir mempertahankan hak tapi orang kita sibuk main candy crush" huhu.....terasa pulak hati ini





Ok, sebelum kakpb turun dapur (ni rumah mertua, kena pandai tambat hati:) kakpb nak update lauk yang kakak kakpb masak tempohari masa buka puasa. Sedap sangat. Kakak kakpb dulu menetap lama di Ipoh dan kami memang dah biasa dengan lauk2 orang Perak, sesuai selera kami.

Kacang buncis jenis kecil dan comel ni memang takkan jumpa di KK. (alaaa....lupa pulak kacang buncis dalam peti ais, kakak beli untuk bawa balik Kelantan) Rasanya manis dan rangup. Kalau kacang buncis biasa tu, tak sedap sebab bijinya besar2. Kakpb jarang beli yang tu. Kakak kata ni masakan style orang Perak.

Kakpb kongsi sikit cara memasaknya ye. Sukatan ikut sukalah......nak sikit ke banyak.

KACANG BUNCIS GORENG LEMAK
@blogsurirumah/resipi kakak

Semangkok kacang buncis kecil yang telah dipotong dua
semangkok kecil kerang rebus
1 cwn pati santan
1 labu bawang besar merah hiris
2 biji cili hidup hiris
garam dan gula

Tumis bawang dan cili hidup, masukkan santan.
Biar santan memekat baru masukkan sayur dan kerang rebus.

Senang je kan? tapi kalau kakpb silap, tolong betulkan.....kot2 ada orang Perak yang lebih tahu. Kakpb pun ingat2 lupa je ni....tapi rasanya dah betul tu.




Oklah...ada masa kita borak lagi. Kakpb ada urusan banyak nak selesaikan. Baju belum kemas, hari selasa dah nak balik Sabah. Foto dibawah sekadar cuci mata, anak kucing adik kakpb yang baru berusia 2 minggu tapi dah besar macam 2 bulan umurnya. Jalan pun terkengkang2 lagi.....



biru mata hitam ku!!

7 ulasan:

  1. selamat hari raya. Lama dah tak menjenguk ke sini. Sehat?

    BalasPadam
  2. selamat hari raya kakpb..:)
    mudah saja resepi ni..boleh dicuba nanti

    BalasPadam
  3. sy org Perak kak..memang mak sy suka masak style ni..sedap rangup je kacang tu..

    BalasPadam
  4. masakan orang Perak ke?? Mak sy selalu buat, sedapppp!!

    BalasPadam
  5. sy mmg suka kacang buncis. selain goreng, sy sumbat kn je dlm msmn2 msk termasuk cucur sekali hehehehe

    BalasPadam
  6. Ada santan...macam masak lemak ye kak,...tp yang ni ditumis dulu...

    BalasPadam
  7. ayah mertua tun pun suka sgt makan kacang buncis. tun b4 this lg suka mkn kacang panjang, tp baru2 ni suka pulak makan kacang buncis.

    ps: dh smp bintulu nih..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)