my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Peristiwa Ayatul Kursi

Assalammualaikum semua dan selamat berhari minggu....

Kak pb saja nak kongsi cerita tentang tajuk di atas. Hari ni agak free dan line tenet slow sangat, nak blog walking pun asyik putus je. Apa kata kak pb kongsi kisah dari buku tulisan Ali Zulfakar.

Syaitan mencuri

Rasulullah s.a.w telah memberi tugas kepada Abu Hurairah r.a untuk mengawal harta zakat yang berupa makanan dan buah-buah tamar.
Kata Abu Hurairah, pada satu malam ia telah terserempak dengan satu lembaga seperti  manusia, sedang mencuri harta zakat itu. Terus dicelah oleh Abu Hurairah dan menakut-nakutkannya, perkara itu akan di sampaikan kepada Rasulullah.
Jawab lembaga yang seperti manusia itu, aku sungguh-sungguh berkehendakan makanan kerana anak pinak ku sedang kelaparan. Abu Hurairah berasa kasihan dan membiarkan lembaga itu mengambilnya.

Pada keesokkan harinya, Abu Hurairah berjumpa Rasulullah s.a.w dan terus ditanya. "Hai Abu Hurairah, apa telah terjadi malam tadi?". Jawab Abu Hurairah, "dia mengadu Ya Rasulullah atas kesusahan dan kelaparan anak pinaknya, sehingga hamba berasa kasihan maka hamba biarkan dia."
Jawab Rasulullah, "dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi."

Dengan kata-kata Rasulullah s.a.w itu Abu Hurairah berjaga-jaga, benar lembaga itu kembali pada malam yang kedua dan mencuri dari harta zakat. Apabila di sergah oleh Abu Hurairah dia merayu-rayu sebagaimana malam yang pertama sambil berjanji dia tidak akan kembali lagi.
Pada paginya Abu Hurairah mengadap Rasulullah s.a.w dan ditanya, jawab Abu Hurairah, tawanan itu datang lagi dan merayu di kasihani tetapi dia berjanji tidak akan kembali lagi.
Jawab Rasulullah s.a.w, "dia telah membohongi engkau dan dia akan kembali lagi."

Pada malam yang ketiga Abu Hurairah berjaga-jaga dan terus menangkap lembaga itu. Kata Abu Hurairah, "engkau bersalah, aku akan hadapkan engkau kepada Rasulullah kerana engkau telah berjanji tidak akan kembali mencuri tetapi engkau telah kembali dan mencuri."
Jawab lembaga itu, "biarkanlah aku ya Abu Hurairah. Aku akan memberitahu kepada engkau beberapa kalimat yang mana Tuhan akan menyertai engkau apabila engkau sebutkannya."
Sahut Abu Hurairah," sebutkanlah perkataan itu"
Jawab lembaga itu, apabila engkau hendak tidur, bacalah 'AYATUL KURSI' sehingga akhir, nescaya engkau senantiasa dalam pemeliharaan Allah dan syaitan tidak berani menghampiri engkau!"
Abu Hurairah pun membebaskannya.

Pada pagi esoknya Rasulullah s.a.w bertanya kepada Abu Hurairah atas kejadian malam tadi.  Jawab Abu Hurairah, "Ya Rasulullah, dia telah mengajarkan kepada ku beberapa kalimat, katanya akan memberi manfaat pada ku apabila hendak tidur bacalah "Ayatul Kursi" nescaya aku dalam pemeliharaan Allah dan tidak dihampir oleh syaitan.

Jawab Rasulullah s.a.w, "dia telah mempercayakan engkau tetapi dia pendusta, tahukah engkau hai Abu Hurairah, siapakah yang engkau berjumpa tiga malam berturut-turut itu?"
Jawab Abu Hurairah, " saya tidak tahu ". Jawab Rasulullah s.a.w, " Itulah dia SYAITAN "

Banyak lagi khasiat, kebaikan ayat kursi ni jika kita rajin mengamalkannya. Salah satu darinya, sesiapa yang membaca ayat ini, ganjarannya dia akan melihat wajah Allah pada hari kiamat yang diisyaratkan dalam Al-Quran.

nota kak pb: sekadar berkongsi sedikit, mana yang silap sila tegur.

5 ulasan:

  1. Ayat kursi bagus jugak diamalkan setiap kali lepas solat sebg pendinding diri, harta n keluarga kita. TQ 4 sharing this jugak......

    BalasPadam
  2. setuju dgn ibuhani.jadikan ia sebagai zikir harian..

    BalasPadam
  3. teria kasih pb ..kongsi disini dan jugak sebab sudi keblog acik..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)