my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Surah At takaatsur, maknanya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Mengasihi... SURAH AL-MAIDAH,AYAT 88:"Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan oleh Allah kepada kamu,iaitu yang halal lagi baik,dan bertakwalah kepada Allah yang kepadanya sahaja kamu beriman"

Ancaman Allah terhadap orang yang lalai dan bermegah-megah.
Maksud atau tafsirannya :-

1. Bermegah-megahan telah melalaikan kamu.
2. Sampai kamu masuk ke dalam kubur.
3. janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatan itu)
4. dan janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui.
5. Janganlah begitu, jika kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.
6. Nescaya kamu akan benar-benar melihat neraka Jahanam.
7. dan sesungguhnya, kamu benar-benar akan melihatnya dengan 'ainul yaqin'
8. Kemudian kamu pasti akan ditanyai pada hari itu tentang kenikmatan (yang kamu megah-megahkan
   di dunia itu)
  

Maksud ayat 1, bermegah-megah ialah:
  Bermegah-megah dalam soal banyak anak, harta, pengikut, kemuliaan dan seumpamanya.

Maksud 'ainul yaqin' ialah:
  Ertinya melihat dengan mata kepala sendiri sehingga menimbulkan keyakinan yang kuat.



nota pb : hanya ingin berkongsi, jika silap tolong tegur

petikan dari Al-Quran dan Terjemahannya, Yayasan Penyelenggara Penterjemah/Pentafsir AlQuran.

6 ulasan:

  1. thanks for sharing. saya baru tau :)

    BalasPadam
  2. salam kak zana...ilmu yg bagus utk dikongsi ni...kdg2 tkt jugak bila kita baca huraian hadis kan...semoga Allah tetapkan hati kita utk terus beribadat padaNya....Aminnn

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah.. BW kat sini =)
    dpt pelajari sesuatu..
    such a gud reminder for my self & others =)

    BalasPadam
  4. @Natasya Naslin:
    terima kasih dik, perkongsian dari kitab kita yang mulia.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)