my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Mari Muhasabah diri

Assalammualaikum semua teman yang dikasihi.....

Pagi jumaat yang mulia ni, apa kata kita muhasabah diri. Kakpb suka tengok Prof Dr Muhaya berceramah soal minda, hati, mata....celik hati, celik minda. Cuba baca SINI untuk tenangkan fikiran kita yang asyik berserabut dengan hal-hal rumahtangga dan pejabat.

Kakpb suka ayat dia, APA YANG KITA BUAT HARI INI, ITU YANG KITA DAPAT AKAN DATANG...gitulah lebih kurang.
Sedikit kakpb copy paste dari facebook beliau,

Buangkan cinta dunia dari mata hati yang menghilangkan kecintaan pada Allah. 
Pepatah arab- dunia akan berkata marilah menuju pada ku tapi awas pada tumbukan dan kekerasan ku kerana dunia alan menipu hinggalah kita ke kubur. 
Hingga kita ziarah kubur masih lagi berbincang tentang harta

Doa satu ibadat - maksud hadis dan perlu dilakukan setiap saat. 
Jika tidak berdoa tanda sombong pada Allah. Bila Allah izinkan kita berdoa insyaAllah Allah akan memakbulkan doa- hikam ke 4. 
Allah amat suka bila hamba berdoa. Jom doa dari sekecil perkara kerana tidak ada had Allah yang boleh kurniakan. 
Bayangkan nikmat hidup bila berilmu dan taat pada Allah. 
Hentikan mencari berita dan menyebar fitnah. 
Ingat mati setiap kali ingin bercerita keburukan orang dan merasa diri lebih baik dari orang lain. 
Jom renungi diri dan akhlak keluarga yang terhasil dari tarbiyah kita

Moga apa yang kakpb share di sini dapat memberi sedikit peringatan kepada diri sendiri. Dengan keadaan sekarang ni yang sedang hangat  berkempen mengundi sana sini, kadang kala kakpb agak rimas. Kisah luar dalam, buruk dan busuk semuanya terungkit....

8 ulasan:

  1. renungan yang indah di pagi Jumaat.. salam sayang dariku untuk Kak Zana...

    BalasPadam
  2. sy wish cepatla abis election.rimas dgn cerita yg hanya Allah aje tahu betul ke tak.

    BalasPadam
  3. saya pun suka prof dr muhaya tu..bila baca tulisan2 beliau terasa di lubuk hati.. :)

    BalasPadam
  4. masyaallah k.zana... ucu lupa hari hr jumaat, bila bc entry akak td tertanya2 hari ni jumaat ke..cek2 kt btul lah jumaat...
    nak kena riset minda dgn dr muhaya ni gamaknye...
    kek utk PRU13 ni x smpt nk buatlah kot,kek kahwin ade lah sbb hari tu ada customer yg naik pelamin...

    BalasPadam
  5. beul tu kak...what u give u get back..

    BalasPadam
  6. thanks for sharing kak PB........ have a nice weekend!

    BalasPadam
  7. tq k.zana for sharing. btw saya mmg follow fb prof muhaya. mmg suke sangat kata2 beliau. tatap muka pun dah sejuk ;)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)