my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memaparkan catatan dengan label udang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label udang. Papar semua catatan

Udang Shuhaida??

Kenapa Shuhaida? Entahlah....mungkin penciptanya bernama Shuhaida? 
Buka majalah lama, tengok-tengok, selak-selak resipi......
Sedap-sedap pula hidangan chef dalam majalah Keluarga ni.

Kebetulan ada pula stok udang, hemmm.....kolestrol lagi!!
Tak apalah, lepas makan kita 'workout' ye!


UDANG SHUHAIDA
sumber: majalah Keluarga Julai 2010
@blogsurirumah

Bahan:
300 gm udang
5 sudu sos thai
7 sudu mayonis
Gula dan serbok perasa 
sedikit minyak

Cara:
Panaskan minyak, goreng udang hingga kekuningan dan ketepikan.
Untuk sos, campurkan sos Thai dan mayonis dalam kuali diatas api.
Kemudian masukkan udang yang telah digoreng tadi.

Senang je kan....
Pejam mata pun boleh!!


 

Udang Mayonis


Ni pula kakpb masak pada hari selasa lepas. Saja auto update sebab kakpb mungkin sibuk mengemas beg nak balik KL. Balik ada tugasan ye, bukan cuti2 Malaysia.

Anak bujang kakpb kan, dah muak makan udang. Iyelah, di Sabah ni taksah kalau ke pasar besar KK tak beli udang dan sotong. Udang pula segar2, ada udang kertas gred A, udang harimau, udang galah dan lain2 lagi yang kakpb tak pernah makan. Baru ni beli udang yang biasa2, tu pun dah ok, segar dan harga berpatutan. Beli sekilo boleh guna untuk seminggu lebih. Takdelah selalu sangat masak udang, kan udang banyak kolestrol?

Bila kakpb masak udang mayonis ni, anak bujang tu makan 2 pinggan nasi. Tak pandang lauk lain dah. Siap hirup kuah dia dan semangkok udang tu licin diratahnya. Padahal sebelum ni bila suruh makan udang dia kata dah jemu.....hehe....jemu apa? Cakap je la nak makan udang yang macam ni. Setengah anak2 ni dia tak reti minta masak itu ini, apa ibu dia masak, itulah dia makan. Bagus kan?

Resipinya kakpb tak copy dari mana2 sebab senang sangat. Main agak2 je.

UDANG MAYONIS
@blogsurirumah

1 mangkok udang yang telah dibuang kulit badan, tinggalkan ekor (buang jg jalur hitam kt tengah)
1 ulas bawang putih, cincang
sedikit halia, hiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu butter untuk menumis
sedikit garam dan gula

Cara-caranya:
Perah limau kasturi atas udang untuk buang hanyir dan toskan.
Garam kunyit udang, goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan butter, tumis bawang putih dan halia.
Masukkan udang dan mayonis.
Tambah garam dan gula.
Kakpb hiris cili hijau halus dan gaul bersama udang tadi.
Tak perlu masak lama sebab udang dah digoreng.

nota kakpb: auto publish entry ni...

Marinated Grilled Shrimp

Sabtu menjelma lagi.....hemm...mana nak pergi teman-teman kakpb tu? Jalan-jalan cari makan dihujung minggu? Berkelah di air terjun....oh..rindunya nak mandi manda tempat begitu. Kat sini tak berapa cantik, seciput je air terjunnya. Anak bujang kakpb pula takut tempat2 yang dikelilingi hutan, biasalah...orang bandar la katakan (prasan).

Udang grill ni kakpb buat hari apa tah.....kat Instagram dah tayang. Kebetulan ada udang yang masih segar dan besar-besar. Nak buat sambal petai, anak kakpb tak makan. Kesian dia, kalau macam ni memang dia suka sangat. Omputeh la katakan (prasan).

MARINATED GRILLED SHRIMP
oleh: @blogsurirumah
sumber: allrecipes.com

3 ulas bawang putih, cincang
1/3 cwn minyak zaiton
1/4 cwn tomato sos
1 sudu besar cuka (kakpb ubah drp red wine vinegar)
daun basil di cincang (kakpb guna daun yg dah dikeringkan)
sedikit garam
serbok lada hitam (kakpb tambah sendiri)
Udang segar yang telah di buang kulit, tinggalkan ekor saja, belah ditengahnya dan basuh.
Lidi beberapa batang


Caranya:
Campurkan semua bahan seperti minyak zaiton, bawang putih, garam, sos, serbok lada hitam.
Gaul rata hingga sebati.
Masukkan udang yang telah di siang, perap seketika.
Cucukkan udang ke lidi (kakpb grill guna kuali Frico je)
Tak perlu lama sangat, agak2 masak boleh angkat.



Nak lebih detail boleh tengok SINI

Udang Butter Cheese

Mohon Dijauhkan Hati Dari Hasad Dengki
(Al-Hasyar: 10)
Ertinya:
"Wahai Tuhan Kami, ampunilah dosa kesalahan kami, juga dosa-dosa mukmin pendahulu kami,
dan janganlah Engkau masukkan dengki khianat dalam hati terhadap mereka yang beriman.
Tuhan kami, sesungguhnya Engkau Maha Pengasih lagi Maha Penyayang."


Puasa-puasa ni takde entry jalan-jalan, cuti-cuti ye........semua pasal masakan, makanan, minuman.....fengsan kakpb hari-hari fikir nak masak apa. Udang butter cheese ni idea last minute, nak buka pukul 6.34 petang, pukul 5.45 ptg masih terkial-kial kat dapur. Asalnya nak buat udang goreng butter tapi kakpb kurang suka pula (sebenarnya leceh nak buat ditambah rasa malas). Ini pun kakpb hentam saja, asal ada rasa cheese dan butter tu, jadilah.......

UDANG BUTTER CHEESE
oleh: @blogsurirumah

10 ekor udang segar
3 ulas bawang putih
2 sudu besar butter
1 keping cheese
sedikit daun kari

bahan perap udang:
sedikit lada hitam
garam dan gula

Perap udang dengan lada hitam, garam dan gula dalam 15 minit.
Panaskan kuali, masukkan butter.
Tumis bawang putih kemudian masukkan udang tadi.
Goreng hingga kekuningan, masukkan daun kari.
Akhir sekali masukkan cheese.
Angkat dan makan ketika panas lebih sedap.

Paprik Udang

Assalammualaikum semua..


Lagi-lagi resipi....mesti ada yang bosan kan? Dah hidup ni setiap hari, waktu dan saat perlukan makan. Sabo je la tengok makanan kalau blog orang perempuan ni. Orang lelaki kena tabik spring tau. Sekali pun chef di hotel-hotel besar majoriti lelaki, tak boleh lawan dengan chef di dapur rumah kita. Macam hubby kak pb tu, walau sedap mana pun masakan dari luar, sedap lagi bini dia masak.......heheh....gelak besar kak pb. Saja nak tambat hati isteri tuuuu....

Hari ni Hari Ibu ye? Selamat menyambutnya bersama ibu masing-masing kak pb ucapkan. Begitu juga kepada ibu mertua. Kami ni jauh, boleh ucap melalui talipon je. Semalam hubby dah call emak dia, kak pb je belum. Apa yang kak pb tau, emak sihat walafiat dan baru pulang dari Johor, ada hal penting katanya.


Biasa makan paprik udang kat restoran? Tak payah makan luar la lepas ni, buat sendiri je. 

PAPRIK UDANG
oleh: bLOG surirumah

10-15 ekor udang besar/sedang untuk makan 3/4 orang
1 labu bawang besar (kak pb suka belah2 saja)
2 ulas bawang putih (tumbuk/hiris)
1 batang serai, di titik
Lobak merah sebagai ganti sayur lain yang takde (spt kobis bunga dll)
Lada benggala merah/hijau/kuning (kak pb guna cili merah dan hijau je)
2 helai daun limau purut
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn sos cili
1 sudu mkn sos tomato
1 sudu mkn kicap manis/pekat
1/2 cawan atau lebih air
garam dan gula

Tumis bawang putih, bawang merah dan serai.
Masukkan air, sos, kicap, lobak atau sayur-sayuran.
Masukkan udang, garam dan gula.
Koyakkan daun limau dan masukkan bersama lada benggala.
Selesai.


Udang tu ikut suka masing-masing macam mana nak menyiangnya, kak pb belah buang belakang yang hitam tu dan tinggalkan ekor. Ada orang masak dengan kepala-kepala sekali, mungkin lebih sedap.

Selamat mencuba!
eh...selalu tak pernah pun ayat ni.....hehe...cubalah, gerenti sodap...

Udang Sambal Belacan

Salam sejahtera

Hari ni cuaca cerah dan panas sangat.......pepagi dah berpoloh, takyah jogging jauh2, jogging kat dapur pun dah basah baju.....tapi tak slim jugak. Nyampah...

Udang sambal belacan ni kan, pb rasa masakan paling best la dalam hidup pb....hehe...sebab paling senang dan menyelerakan kalau orang yang takde selera nak makan. Boleh simpan dalam peti ais sambalnya, anytime nak buat, keluarkan je.....tumis udang/sotong...masukkan dalam sambal (tumis dulu)

Resipi dari boss besar kat Sedenak sana, akak copy paste ye MatGebu....gebu lagi ke Mat?? Maaf ler....main copy je, tapi akak sertakan link tu.

UDANG SAMBAL BELACAN
Sumber asal : Chef Florence Tan
copy paste dari MatGebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar
3 camca besar sambal belacan *(*resipi dibawah)
2 helai daun limau purut - takde daun limau
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi"- ni pun tak letak
2 -3 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit gula

*BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
100 gram cili merah (atau nak campur cili padi pun boleh)
50 gram belacan, dibakar - pb tak timbang, agak2 je
Perahan jus limau kasturi secukupnya
Secubit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk hancur semua bahan2 untuk sambal belacan, kecuali jus limau, kemudian tambah jus limau kasturi secukupnya, kacau rata dan alih ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. Udang, dikerat sedikit hujungnya, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng 30 saat dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan.
  3. Tumis sambal belacan hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, daun limau purut, gula dan kacau rata. Masukkan udang, gaul hingga rata dan mesra. Masukkan jus limau kasturi, yang ni ikut rasa yang anda inginkan. Matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat..

hidangan kami berdua sahaja, pedas2 macam ni anak bujang pb tak sentuh.....tengok la nanti ko kawin dengan orang nogori, tau la macam mana...(tapi tak semua org nogori mkn pedas kan?)


Lebihan sambal tu (yg tak habis) pb gorengkan dengan nasi. Ada rasa masam2 sikit, macam nasi yang di goreng dengan perencah tomyam. Hubby kata sedap.....huhu...semua dia balun! eh...balun ni bahasa mana ek? Perak kot?