my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Udang Mayonis


Ni pula kakpb masak pada hari selasa lepas. Saja auto update sebab kakpb mungkin sibuk mengemas beg nak balik KL. Balik ada tugasan ye, bukan cuti2 Malaysia.

Anak bujang kakpb kan, dah muak makan udang. Iyelah, di Sabah ni taksah kalau ke pasar besar KK tak beli udang dan sotong. Udang pula segar2, ada udang kertas gred A, udang harimau, udang galah dan lain2 lagi yang kakpb tak pernah makan. Baru ni beli udang yang biasa2, tu pun dah ok, segar dan harga berpatutan. Beli sekilo boleh guna untuk seminggu lebih. Takdelah selalu sangat masak udang, kan udang banyak kolestrol?

Bila kakpb masak udang mayonis ni, anak bujang tu makan 2 pinggan nasi. Tak pandang lauk lain dah. Siap hirup kuah dia dan semangkok udang tu licin diratahnya. Padahal sebelum ni bila suruh makan udang dia kata dah jemu.....hehe....jemu apa? Cakap je la nak makan udang yang macam ni. Setengah anak2 ni dia tak reti minta masak itu ini, apa ibu dia masak, itulah dia makan. Bagus kan?

Resipinya kakpb tak copy dari mana2 sebab senang sangat. Main agak2 je.

UDANG MAYONIS
@blogsurirumah

1 mangkok udang yang telah dibuang kulit badan, tinggalkan ekor (buang jg jalur hitam kt tengah)
1 ulas bawang putih, cincang
sedikit halia, hiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu butter untuk menumis
sedikit garam dan gula

Cara-caranya:
Perah limau kasturi atas udang untuk buang hanyir dan toskan.
Garam kunyit udang, goreng setengah masak. Angkat dan ketepikan.
Panaskan butter, tumis bawang putih dan halia.
Masukkan udang dan mayonis.
Tambah garam dan gula.
Kakpb hiris cili hijau halus dan gaul bersama udang tadi.
Tak perlu masak lama sebab udang dah digoreng.

nota kakpb: auto publish entry ni...

12 ulasan:

  1. Assalamualaikum hemmm sdp tu npk pun menyelerakan...resepi muda leh le try di bulan puasa nnt

    BalasPadam
  2. sedapnya.yela, org kat sana smpai dah jemu dgn udang sotong.kami kat sini kalau dapat dr sabah mmg rs best sgt.hehe, syafiq smpai sekarng tak minat udang sotong semenanjung.penangan 4 thn kat sabah kot.

    BalasPadam
  3. resepi yg simple dan nmpk sedap. duduk kat sabah mmg puas la makan udang :-)

    BalasPadam
  4. bestnya, resepi simple dan yg pasti sedap kan..

    BalasPadam
  5. waduhhhh org resdung cm sy ni mampu tgk je la.. ;-)

    BalasPadam
  6. Klu kat Sabah, mmg puaslah mkn seafood kak. Tgk udang mayonis akak tu, mak aih. Terliur rasa....

    BalasPadam
  7. selamat pulang ke semenanjung kak ^^
    sedap udang mayonis tu...

    BalasPadam
  8. walaupun udang tu dah bergulung kena goreng, tengok tebalnya tu dah tahu besar mana, memang puas makan tu. Lain kali nak cuba jugaklah masak mayonis ni.. dah jemu makan udang sambal tumis. Agaknya Aziz pun asek kena paksa makan udang sambal tumis tak??? hahaha

    BalasPadam
  9. salam kak..

    udang tu masak apa pun sedap..memang favourite makan udang ni..semalam baru ja makan udang..heheh..

    BalasPadam
  10. baru tau ada resepi udang mayonis..tq krn menyiarkannya...

    BalasPadam
  11. sy lum pernah masak udang ngn mayonis...sedapnye... ;)

    BalasPadam
  12. salam pb. Nampak sedap tu. Resepi pun sempoi je.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)