my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Paprik Udang

Assalammualaikum semua..


Lagi-lagi resipi....mesti ada yang bosan kan? Dah hidup ni setiap hari, waktu dan saat perlukan makan. Sabo je la tengok makanan kalau blog orang perempuan ni. Orang lelaki kena tabik spring tau. Sekali pun chef di hotel-hotel besar majoriti lelaki, tak boleh lawan dengan chef di dapur rumah kita. Macam hubby kak pb tu, walau sedap mana pun masakan dari luar, sedap lagi bini dia masak.......heheh....gelak besar kak pb. Saja nak tambat hati isteri tuuuu....

Hari ni Hari Ibu ye? Selamat menyambutnya bersama ibu masing-masing kak pb ucapkan. Begitu juga kepada ibu mertua. Kami ni jauh, boleh ucap melalui talipon je. Semalam hubby dah call emak dia, kak pb je belum. Apa yang kak pb tau, emak sihat walafiat dan baru pulang dari Johor, ada hal penting katanya.


Biasa makan paprik udang kat restoran? Tak payah makan luar la lepas ni, buat sendiri je. 

PAPRIK UDANG
oleh: bLOG surirumah

10-15 ekor udang besar/sedang untuk makan 3/4 orang
1 labu bawang besar (kak pb suka belah2 saja)
2 ulas bawang putih (tumbuk/hiris)
1 batang serai, di titik
Lobak merah sebagai ganti sayur lain yang takde (spt kobis bunga dll)
Lada benggala merah/hijau/kuning (kak pb guna cili merah dan hijau je)
2 helai daun limau purut
2 sudu mkn sos tiram
2 sudu mkn sos cili
1 sudu mkn sos tomato
1 sudu mkn kicap manis/pekat
1/2 cawan atau lebih air
garam dan gula

Tumis bawang putih, bawang merah dan serai.
Masukkan air, sos, kicap, lobak atau sayur-sayuran.
Masukkan udang, garam dan gula.
Koyakkan daun limau dan masukkan bersama lada benggala.
Selesai.


Udang tu ikut suka masing-masing macam mana nak menyiangnya, kak pb belah buang belakang yang hitam tu dan tinggalkan ekor. Ada orang masak dengan kepala-kepala sekali, mungkin lebih sedap.

Selamat mencuba!
eh...selalu tak pernah pun ayat ni.....hehe...cubalah, gerenti sodap...

20 ulasan:

  1. Kakcik selalu buat paprik ayam je. :)

    BalasPadam
  2. wow kak zana..sungguh menyelerakan.menarik resepi akak ni..

    BalasPadam
  3. sedapnyer.. xpnah lg mkn paprik udang..biasa paprik ayam je

    BalasPadam
  4. sedapnyer.. xpnah lg mkn paprik udang..biasa paprik ayam je

    BalasPadam
  5. asslm Kak Zana...sedapnya makan bersama dgn nasi panas2...perghhh terangkat uuuuu...

    BalasPadam
  6. macam nak ambik je paprik ni, makan ngan nasi panas..sbb dah lama tak makan paprik

    BalasPadam
  7. Mak aih Kak...sedapnye paprik udang tu. Tu udang laut kan kak? Haih, terus terase nak meleleh liur nie. Hahahahah!

    BalasPadam
  8. uikk... sedap2x... selalu order kat kedai makan...

    BalasPadam
  9. sedapnya.. selalunya paprik ayam!
    jom ke blog saya
    warisku minangrawa

    BalasPadam
  10. sedapnya lah hai paprik udang ni...adoi la....

    BalasPadam
  11. kite slalu buat paprik ayam. same je kan kak? cume tuka ayam dgn udang? ;D

    BalasPadam
  12. sama je kan dengan paprik ayam dia punya bahan2. boleh try nih :D

    BalasPadam
  13. @EruzuLiyana:
    sama je dik, ikut suka kita nak tambah apa.

    BalasPadam
  14. @intanurulfateha:
    boleh ikut mcm biasa masak Intan, tukarkan bahan utama je.

    BalasPadam
  15. Salam Kak Zana... wahh sedapnya paprik udang.. kecur dah ni.. udang tu pergggghhhh.... nak komen apa tak tahu dah... banyak sangat kecur dok jelajah blogs kengkawan.. sampai sini terus terduduk... kecur!

    BalasPadam
  16. Sedapnya Zana udang masak paprik.....seafood murah sanakan.

    BalasPadam
  17. Salam Zana...
    perghhh kecur pulak tgk paprik udang!!! lapor!!

    BalasPadam
  18. tak penah wat paprik udang...selalu paprik ayam je.Yes lepas ni leh la tiru.tq

    BalasPadam
  19. kalau mkn kat luar biasa oder nasi paprik isi ayam. Esok nk masak ni lah, udang dh ada walaopon dh agak beku. Kih3

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)