my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Marinated Grilled Shrimp

Sabtu menjelma lagi.....hemm...mana nak pergi teman-teman kakpb tu? Jalan-jalan cari makan dihujung minggu? Berkelah di air terjun....oh..rindunya nak mandi manda tempat begitu. Kat sini tak berapa cantik, seciput je air terjunnya. Anak bujang kakpb pula takut tempat2 yang dikelilingi hutan, biasalah...orang bandar la katakan (prasan).

Udang grill ni kakpb buat hari apa tah.....kat Instagram dah tayang. Kebetulan ada udang yang masih segar dan besar-besar. Nak buat sambal petai, anak kakpb tak makan. Kesian dia, kalau macam ni memang dia suka sangat. Omputeh la katakan (prasan).

MARINATED GRILLED SHRIMP
oleh: @blogsurirumah
sumber: allrecipes.com

3 ulas bawang putih, cincang
1/3 cwn minyak zaiton
1/4 cwn tomato sos
1 sudu besar cuka (kakpb ubah drp red wine vinegar)
daun basil di cincang (kakpb guna daun yg dah dikeringkan)
sedikit garam
serbok lada hitam (kakpb tambah sendiri)
Udang segar yang telah di buang kulit, tinggalkan ekor saja, belah ditengahnya dan basuh.
Lidi beberapa batang


Caranya:
Campurkan semua bahan seperti minyak zaiton, bawang putih, garam, sos, serbok lada hitam.
Gaul rata hingga sebati.
Masukkan udang yang telah di siang, perap seketika.
Cucukkan udang ke lidi (kakpb grill guna kuali Frico je)
Tak perlu lama sangat, agak2 masak boleh angkat.



Nak lebih detail boleh tengok SINI

6 ulasan:

  1. Sedap itu yg kakak nak kata. Udang masak dan olah macamana pun sedap zana.

    BalasPadam
  2. aduh...sabo jer laa...kita dah takleh makan udang :( huhuhuh

    BalasPadam
  3. Simple je resipi nye. Nampak sedap.. tapi Udang ni masak apa pon sedapkan..yang penting mesti segar

    BalasPadam
  4. Kalu anak ramai, tak muai masak camtu. Heheheh kena ada kuah baru berbaloi. hehehe

    BalasPadam
  5. Tq bg idea utk masak ni.....mudah n sodap ni..... :)

    BalasPadam
  6. Sedapnya. . Mudah je. tq kak sebab berkongsi.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)