my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Udang Sambal Belacan

Salam sejahtera

Hari ni cuaca cerah dan panas sangat.......pepagi dah berpoloh, takyah jogging jauh2, jogging kat dapur pun dah basah baju.....tapi tak slim jugak. Nyampah...

Udang sambal belacan ni kan, pb rasa masakan paling best la dalam hidup pb....hehe...sebab paling senang dan menyelerakan kalau orang yang takde selera nak makan. Boleh simpan dalam peti ais sambalnya, anytime nak buat, keluarkan je.....tumis udang/sotong...masukkan dalam sambal (tumis dulu)

Resipi dari boss besar kat Sedenak sana, akak copy paste ye MatGebu....gebu lagi ke Mat?? Maaf ler....main copy je, tapi akak sertakan link tu.

UDANG SAMBAL BELACAN
Sumber asal : Chef Florence Tan
copy paste dari MatGebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
12 ekor udang bersaiz besar
3 camca besar sambal belacan *(*resipi dibawah)
2 helai daun limau purut - takde daun limau
1/2 kiub pati ikan bilis "Maggi"- ni pun tak letak
2 -3 biji limau kasturi, ambik jusnya
Sedikit gula

*BAHAN SAMBAL BELACAN :-)
100 gram cili merah (atau nak campur cili padi pun boleh)
50 gram belacan, dibakar - pb tak timbang, agak2 je
Perahan jus limau kasturi secukupnya
Secubit garam dan gula

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Tumbuk hancur semua bahan2 untuk sambal belacan, kecuali jus limau, kemudian tambah jus limau kasturi secukupnya, kacau rata dan alih ke dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti sejuk untuk kegunaan kemudian.
  2. Udang, dikerat sedikit hujungnya, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit, goreng 30 saat dalam minyak panas. Angkat dan toskan. Cedok keluar minyak dan tinggalkan kurang lebih 1/3 cawan.
  3. Tumis sambal belacan hingga harum, masukkan kiub ikan bilis, daun limau purut, gula dan kacau rata. Masukkan udang, gaul hingga rata dan mesra. Masukkan jus limau kasturi, yang ni ikut rasa yang anda inginkan. Matikan api dan hidangkan bersama nasi hangat..

hidangan kami berdua sahaja, pedas2 macam ni anak bujang pb tak sentuh.....tengok la nanti ko kawin dengan orang nogori, tau la macam mana...(tapi tak semua org nogori mkn pedas kan?)


Lebihan sambal tu (yg tak habis) pb gorengkan dengan nasi. Ada rasa masam2 sikit, macam nasi yang di goreng dengan perencah tomyam. Hubby kata sedap.....huhu...semua dia balun! eh...balun ni bahasa mana ek? Perak kot?

11 ulasan:

  1. Kak! Nsb bek sy 'ponteng pose ganti' arini kak! Klu tak, terliur le sy! Hehehe...

    BalasPadam
  2. salam ziarah
    singgah sini sbb terliur tgok udang tue..ada lg x kak??

    BalasPadam
  3. Huh... memanglah sedap. Udang dgn sambal belacan makan dgn nasi hangat kalau ada ulam lagilah terangkat zana...

    BalasPadam
  4. @Pok Amai-Amai:
    Haha....telan air lior je, apa salahnya..

    BalasPadam
  5. @zila:
    Huhu....mana ada, dah dlm perut...

    BalasPadam
  6. @Kakzakie:
    Kalau x terangkat, nak gantong kuali ler...

    BalasPadam
  7. wah... nak balik rumah nenek la. suruh masak macam ni :)

    BalasPadam
  8. Salam K.zana..emm sedapnya sambal tumis,ada bau belacan!.

    BalasPadam
  9. nasi goreng bubh belacan memang sedap..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)