dinner mlm tu dgn chicken wing (aku suka ni), nasi goreng cina, telor mata kerbau dan pucuk manis goreng
11.00 mlm......hari rabu lepas, abg ipar ku sms.......jom ke Kundasang, ada bilik kosong ni.....
aku jawab.......nanti dulu....kena tanya cik abe (yg tengah sedap membuta)...esok bagi jawapan....
Akhirnya, jumaat malam tu(19hb) kami bawa satu beg kecil (utk satu malam je) menuju ke Kundasang bersama pemandu KBS yang kebetulan akan kesana mengambil abang ipar ku. Aziz yang tak berapa sihat tu (demam sikit) hilang demamnya kerana tak sabar nak jumpa daddy (gelaran abg ipar ku dgn semua anak buahnya.
Kami bertolak malam jumaat dan sampai sana pukul 8.30 mlm. Kali ni perjalanan kami taklah sakit sangat badan ni sebab kenderaan besar (di Sabah ni majoriti guna pacuan 4 roda)
Sebenarnya aku segan juga nak join dia orang ni sebab aku sorang je perempuan kat situ......
Kami menginap di Zen Garden....puas aku pujuk Aziz supaya tidur dengan daddy dia, tapi hampeh.......nak menyelit dengan kita jugak. Bilik sebelah2 je.........
Pemandangan sekitar tempat penginapan di waktu pagi. Ingatkan aku dan Aziz la paling awal turun, rupanya daddy dia lebih dulu menghirup udara pagi. Masa ni dah pukul 6 lebih.....
Dalam perjalanan pulang kami singgah di Kinabalu Park, tempat orang nak memulakan pendakian Gunung Kinabalu. Suasana sejuk dengan dikelilingi kabus.
Dibelakang tu kelihatan sekumpulan anak muda yang akan mendaki gunung dan sedang diberi penerangan oleh ketua masing2. Banyak pantang larang yang aku baca di papan tanda sebelum masuk kesini. Contohnya, tak boleh memetik pokok2 sepanjang jalan, tak boleh mengalih atau mengambil batu2, tak dibenarkan mengubah apa2 pun hidupan atau mengambil dan sebagainya.
Sebelum memulakan misi, mereka dahului dengan bacaan doa selamat. Mudah2an mereka tidak menghadapi rintangan untuk sampai ke puncak.
Di atas menara (takde la tinggi mana pun..........setingkat je..) dan kelihatan gunung yang diliputi kabus.
Rasanya lepas ni aku tak ambil lagi dah gambar2 gunung, dah banyak sangat. Tapi.......bila nampak sesuatu ciptaan Allah yang indah dan mempersonakan, aku tak dapat elak.......mesti nak snap.
Kami tiba awal di KK dan abg ipar ku terus ke airport, booking flight untuk malam tu juga. Bosan agaknya lama2 di sini. Kalau kakak ku ada, kan seronok? mesti banyak gossip.........
Di sini........aku ambil kesempatan nak ucapkan terima kasih pada abang ipar ku yang baik hati ni.......(sorry la pada abg2 ku yang lain tu........ni kenyataan...dia memang seorang yg baik dan bertimbang rasa)
rindu pulak balik kg tingo kinabalu hehehe...cuaca ok tu kinabalu terang kalau x gelap je selalu hehehe
BalasPadamasyik rindu je....tp taknak balik jugak!! selalu2 la buka blog member2 sabah, lepas juga rasa rindu tu..
BalasPadamseronoknya...
BalasPadam