my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Tahniah.....walaupun...

Tahniah anak ku......walaupun hanya dapat tempat ke 4 dlm kelas, aku tetap bangga. Target dia sebenarnya nombor 1 atau 2.........tu yang dia sedih sangat. Balik dari sekolah, dengan wajah muram, suara yang sebak......dapat nombor 4 je bu.....terus airmata menitis. Aku faham.......dia terlalu kecewa mungkin tak dapat memenuhi kehendak kedua orang tua. Ku peluk dia dengan rasa sebak juga........takpe la....ibu dan ayah tetap bangga walaupun dapat no 4.

Apa yang penting tiada tanda merah dalam buku rekod. Markah pun tinggi, takde yang bawah dari 80. Duduk kelas pandai ni persaingan memang sengit sedikit. Silap menjawab kertas peperiksaan akan mengurangkan markah. Apa lagi Aziz tu jenis yang gopoh. Bagaimanapun ini baru permulaan dia melangkah kealam persekolahan. Selepas ni besar kemungkinan akan bertukar sekolah berdekatan rumah pula. Sebab tahun depan kami akan pastikan dia kesekolah agama.


Majlis anugerah cemerlang diadakan di Wisma Muis. Ini kali pertama kami menghadiri majlis anjuran sekolah Tanjung Aru 2.
Aziz cemerlang dalam Bahasa Melayu dan diberi sijil penghargaan serta sedikit saguhati berupa wang tunai. Aku harap selepas melihat kawan2 menerima anugerah, dia akan bertambah rajin dan bersemangat untuk belajar.

Permulaan yang baik untuk menjadi lebih baik. InsyaAllah....



2 ulasan:

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)