my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

JANGAN PANDANG BELAKANG CONGKAK.........kelakar gila!!

Minggu lepas (hari khamis rasanya) kami menonton di pawagam One Borneo....jangan pandang belakang congkak......Aziz taknak tengok, tapi terpaksa sebab ibu dan ayah dia nak sangat......

Mula cerita aku tengok macam 'jangan pandang belakang' tapi bila tok bomoh mati dan 'pakcik' sebelah yang sakit nak mati pulak 'bangun', aku dah mula gelak sakan.....(Pie dah rupa mayat hidup aku tengok)

Rugi kalau korang tak tengok cerita ni...........sepanjang masa lawak je.....seramnya tah mana2. Sakit perut aku dan suami ketawa sampai lupa diri, tak hirau orang kiri kanan sebab tumpuan masing2 kearah skrin je.

Ceritanya simple, pemandangan kampung yang indah dan pelakon2 yang biasa berlakon dalam drama tv. Paling aku suka watak Lan Pet Pet ketika mengintai Zarina membasuh baju disungai. Cat Farish dan Shahizi (betul ke nama dia ni?) pun best, watak yang berbeza dari biasa. Begitu juga dengan pelakon2 lain seperti Den Wahab, Azli senario, Dina dan lain2.

Sape2 yang free tu........kena tengok tau....aku promote ni sebab memang best lawak mereka. Sampai akhir cerita tak boring.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)