Semalam, rasa bosan memikirkan nak masak apa. Ni la masalah paling besar orang perempuan. Masak dan masak..........tak masak, apa hal pula kan?
Cari punya cari kat internet.........jumpa la resepi ni......ayam masala. Tengok pada bahan2, macam senang je nak masak. Tapi, ada pula bahan yang tak ada kat rumah. Ahh.....suka hati aku le nak buat, bukannya berdosa, betul tak?
AYAM MASALA
1 camca dadih asli
1 camca besar jus lemon
2 camca teh serbuk jintan putih
1 camca teh serbuk kayu manis
2 camca teh serbuk lada hitam
1 camca besar halia tumbuk
garam
3 keping dada ayam, di potong
1 camca besar mentega
1 ulas bawang putih, di cincang halus
1 biji cili merah, di cincang
2 camca teh serbuk jintan putih
2 camca teh serbuk cili
8 oz tomato sos
1 cawan krim santan (1 biji kelapa)
Cara memasak: Satukan dadih, jus lemon, 2 cam. teh jintan putih, kayu manis, serbuk lada hitam, halia dan garam. Bahan2 ni aku perap kat ayam.
Kemudian bakar atau panggang hingga setengah masak.
Cairkan mentega dan tumis cili serta bawang putih, 1 minit (ikut suka la berapa minit pun...)
Masukkan serbuk jintan, cili dan garam. Tuang sos tomato dan santan. Kacau dengan api perlahan.
Nota tukang masak: ada yang aku tak letak dan lupa letak.....hehe...(mcm tak ikhlas je masa memasak ni..)
kalau ada nampak macam daun2 tu......sebenarnya aku letak daun limau purut sebab santan kotak yang aku guna tu macam ada bau tak enak sikit (jarang guna santan kotak, tapi dek kerana 'malas')
sumber dari Puan Noraini Zakaria.
pergh... mcm sedap jer ni kak.. leh hantar sikit kak...
BalasPadamnak tau sedap ke tak, soh le bakal isteri masak......
BalasPadamasyik mintak skit je? kempunan nanti!