Berita sedih aku terima petang tadi. Teman baik ku semasa sama2 berkerja dulu telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan jalanraya. Beliau meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak yang masih kecil.
Dah bertahun kami bersahabat, dah macam adik beradik. Arwah ni seorang yang kelakar habis orangnya. Tak kering gusi kalau sembang dengan dia. Ada saje cerita lawak yang keluar dari mulut dia setiap hari. Tambah pula dia seorang yang kuat melatah.
Arwah kerap kali kemalangan masa bawa motor. Calar sana sini. Itu masa belum kahwin. Bila dah kahwin, aku masih dengar berita dia jatuh motor lagi. Cuma semenjak kami berhenti kerja dan bawa haluan masing2, aku dan dia tidak berhubung lagi. Kali terakhir kalau tak silap aku jumpa dia berkerja di Carefour Alamanda. Masa tu dia sebagai Supervisor dan bila aku shopping di sana, aku akan cari dia untuk bertanya khabar.
ketika beramai2 ke Pulau Tioman
Gambar di atas ni, dua orang teman ku yang telah kembali ke alam baqa. Bertenggong dari kiri, Zul (juga kawan baik kepada Romzie, disebelahnya) meninggal dalam kemalangan jalanraya tahun bila aku dah lupa. Perwatakan mereka berdua hampir sama. Kelakar dan kalau bawa motor, mesti jadi bahan gelak kawan2 kerana punggung dia yang kelihatan tonggek diatas motor.
berkumpul waktu malam di Cherating (mungkin, dah lama sangat, aku hampir lupa)
Semoga ROHnya di tempatkan bersama orang2 yang berIMAN.
AL FATIHAH
Sabtu kelmarin.........kakak talipon, katanya anak buah ku kemalangan juga. Dia di langgar oleh kereta berdekatan dengan rumah (balik dari sembahyang kat masjid katanya) Patah kaki dan baru lepas operation. Tersentuh hati ku kerana dia baru saje form 2. Tadi aku telephone kakak ipar ku bertanya khabar dan aku harap dia banyak2 bersabar.
Ini semua dugaan dari Nya.........
memang wajib lah berhati2 di jalan raya. kalau tak...habislah jadi macam tuh.
BalasPadamAl-Fatihah utk kawan kak zana:(
Innalillahi wainaillahi rojiun... Al-fateha... Semoga keluarga arwah tabah hadapi dugaan yang diberi oleh-Nya...
BalasPadam* semoga anak sdr zana akan pulih daripada kemalangan itu...
terima kasih cheryna dan kak-e...
BalasPadamdimana2 pun kita berada, walau di tmpt selamat sekali pun tapi kalau dah ajal, akan pergi juga.
moga semuanya tabah menghadapinya.