my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Rumah ku di serbu!!

Salam Sejahtera....

Ahad lepas rumah ku di serbu oleh kawan2 suami (cikgu cikgi la tu...). Maka terjadi la open house yang tak disengajakan. Aku ingat empat atau lima keluarga je yang datang, rupanya lebih dari itu. Tak termasuk jiran kiri kanan rumah.

Masak apa? Dari malam sabtu lagi aku dah kehulu kehilir pergi pasar cari lauk dan bahan2 untuk di masak. Aku buat tiga jenis juadah. Nasi impit makan dengan kuah kacang dan rendang ayam (gambar tak sempat nak snap, sibuk sgt) Laksa penang dan laksa Johor (yang ni ramai yang suka......makanan favourite aku). Ada juga buat agar2 santan tapi tak menjadi pulak. Gara2 belajar buat dari kakak melalui talipon, gitu le jadinya.

Ni yang jadi..............


Kek Pisang Lembap

Itu pun kat tengah kek terlekok kedalam sikit tapi rasa memang sedap. Terima kasih pada En. MatGebu. Bagi sesiapa yang nak resepi ni boleh la lawati blog dia http://tiffinbiru.blogspot.com/..........
Aku ada kerja tak settle lagi ni.........

Maaf la pada teman2 blogger area KK, bukan taknak jemput tapi perkara ni terjadi tanpa di rancang. Lagipun aku tak larat nak layan tetamu kalau ramai sangat. Aku sorang nak buat kerja2 dapur, basuh pinggan (tak cukup, lepas guna kena basuh), nak sediakan itu ini, kang kalau makanan habis nak kena prepare yang lain pula. Satu hari nanti kalau tiada aral melintang, aku pasti ajak kawan2 datang menjamu selera di rumah ku........oopss....rumah sewa daa.....

5 ulasan:

  1. Seronok juga rumah didatangi tetamu :)

    BalasPadam
  2. lamanya tak makan kek pisang...
    hmmm...jeles plak, teringin rasanya nak ke open house kak zan:(

    BalasPadam
  3. duduk di perantauan ... keluarga kampung jauh ....

    jiran tetangga dan rakan2 lah yang jadi keluarga besar ....

    meriah nampaknya open day terkezuttt rumah Puan Zana ni ...

    BalasPadam
  4. umi-e.....org kata murah rezeki, alhamdulillah kalau betul.

    cheryna...mai la, pintu sentiasa terbuka tak kira raya ke tak...

    Razif....mmg meriah campur penat, sampai 8.30 mlm masih ada tetamu.Betul tu, bila jauh...teman2 la yg jd keluarga kita.

    BalasPadam
  5. akak..duk kk area mn? lalala..nnt kot2 sya soppin mopping kat KK buleh singgah....^_^

    P/S:nak kek pisang tuh...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)