my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Buah terap.....buah bambangan.

Salam Sejahtera....

Terliur tengok Halen menggoreng buah terap tempohari kat blog dia, semalam aku pun goreng juga. Beli kat pasar tamu RM3 sebiji. Cukup la untuk 2 atau 3 orang makan.



sebelum di goreng




Selepas di goreng...........sedap....hinggakan bijinya boleh di makan sekali. Terasa manis kalau di goreng berbanding makan begitu saja. Sekali adap, dah habis.......terutama sambil menonton tv. Aku hidangkan pada adik ipar dan kawannya yang datang bertandang petang tu.


Ada satu lagi buah yang aku tak pernah tengok dan rasa sebelum ni di Sabah.




Ini buah bambangan, katanya sedap di buat jeruk. Ada kawan hubby beri buah ni masa datang rumah hari tu tapi aku tak tau nak buat macam mana hinggalah membusuk kat dapur.

Kalau tengok pada rupa dan baunya.........sebiji macam buah bacang dan aku cuba rasa sikit. Rasa gatal2 kat tekak ni.......masam ada, tawar pun ada. Ada yang kata, ambil biji dia buat jeruk tapi bila aku cuba potong, keras bebeno. Sudahnya ke tong sampah!! Bagaimanapun satu hari nanti aku nak beli buah ni dan cuba buat sambal atau kerabu. Mungkin sedap.

7 ulasan:

  1. Memang sedap tarap tu di goreng mcm buah cempedak..nyam nyam

    Bambangan tu kalau pandai buat jeruk memang seda..ni adalah jeruk kesukaan org sabah terutama kadazandusun...

    cuba resepi jeruk bambangan ni
    http://resepi-pilihan.blogspot.com/2009/06/jeruk-bambangan.html

    BalasPadam
  2. haaaa..sedapkan buah tarap tu klu buat cucur. sy klu mentah2 x ble nk telan setakat sebiji dua tu ble la.

    buah bambangan selalu tgk diaorg wat jeruk letak bwg apa lg ntah tp sy x penah plk try. ala2 kuini pun ada.. satu lg buah belunuk klu akak penah dgr laaa.. tu pun sy x ble nk telan.

    BalasPadam
  3. Myresepi dan Halen...

    bila sekali rasa sedap, nak selalu plak. hari tu mkn gitu je rasa tak sedap sgt.

    buah belunuk tu mcmna rupanya, bleh ltk kt blog?

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum... Salam ziarah dari sahabat.. nice blog n good entry.. kak.. poskan buah terap tu kat saya sikit.. mcm sedap jer.. hehehe

    Sedikit tips dan info buat teman2 bloggers.. perkara remeh yg kita kurang perasan dan tutor 4 the latest read more.. tengok jgn x tengok.. sila
    klik disini.

    Semoga bermanfaat insyaAllah.."Sebaik-baik manusia ialah orang yang dapat memberi manfaat kepada orang lain"(Hadis riwayat Al-Qudhi).

    "SAMPAIKAN WALAU SATU AYAT"

    "Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: "Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak." (Hadis riwayat Imam Ahmad).
    Wallahualam.

    "Demi masa. Sesungguhnya manusia dalam kerugian. Melainkan mereka yang beriman dan beramal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran". - Surah Al-Asr:1-3.

    blog anda bagus dan bermanfaat...!!! Teruskan menulis.. Semoga sejahtera dan semoga sentiasa diberi keberkatan.. wassalam.

    BalasPadam
  5. kak.. bila nak hantar terap goreng kat saya ni... hehehehe

    BalasPadam
  6. sy pun kak zana kalo makan macam tu saja kurang sikit. buat cekodok mmg sedap. tp rasanya bagi pengemar durian buah terap ni jarang yang tolak. tapi pastikan jangan terlalu masak jak. kalo tidak mmg muak ckit.

    BalasPadam
  7. Bujang dan Kelor....

    Akak takde hal hantar mengantar ni, jgn tak terima...sudah.

    Kelor...memula mkn akak rsa muak, tapi laju je bila di goreng.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)