my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Doa


Ayat Surah Al-Qadr: 1-5


Adalah suatu penerangan secara khusus tentang "Malam Penentuan" semua perkara yang diturunkan oleh Allah kepada seluruh manusia, dengan memerintahkan para malaikat menjumpai setiap orang dengan tilikan rahmah.


Hendaklah dibaca 3 kali selepas sembahyang Subuh dan 3 kali selepas sembahyang Maghrib, sebelum muka berpaling dari arah Kiblat: Selepas itu berdoalah :


"YA ALLAH! LEPASKANLAH DAKU DARI KEMISKINAN, AGAR MENJADI KAYA RAYA, LEPASKAN DAKU DARI KEHINAAN AGAR MENJADI MULIA DAN LEPASKANLAH DAKU DARI SEGALA PENYAKIT, AGAR MENJADI SIHAT WALAFIAT"
nota: diambil dari siaran tv satu bulan Ramadhan oleh Haji Kamaruldin bin Haji Mohd. Dani, Teluk Intan, Perak.

Kasi pecahhhhh...



Malam tadi, betul2 menguji kesabaran ku. Sebelum ni aku dah rasa memang ada masalah dengan tombol pintu rumah ni, sebab bila nak di tarik daun pintu dari luar rumah terasa ketat. Susah nak di tutup. Pukul 8.00 mlm tadi suami ku keluar kejap, beli roti canai dan air cincau untuk aku dan anak. Tetiba tombol pintu tak boleh buka, puas aku godek begitu begini, langsung tak boleh. Kira sekarang ni, suami ku tak boleh masuk, aku tak boleh keluar. Aku rasa ada satu jam setengah aku menggodeh benda ni, macam2 cara aku cuba, sampai tangan naik kebas dan merah2. Aku pulak tak sihat sangat, macam nak demam. Ada juga jiran2 yg tolong tapi dia orang tak boleh buat apa2 dari luar, hanya aku je yg boleh uruskan. Masalahnya, tenaga perempuan ni besar mana sangat....kena pulak aku tak biasa ngadap benda2 macam ni.........rasa nak menangis pun ada.......yang aku bengang tu, sebelah dengan pintu takde tingkap yang boleh untuk kami berkomunikasi. Ada tingkap tapi macam untuk ruang cahaya je.........sudahnya, suami ulur bendalah ni.......pembuka nut tayar kereta.....aku pun apalagi.....kelengkang kelengkung buat keje.....hati panas campur dengan panas cuaca......orang kat luar senang je cakap, soh aku relax......nak relax camana? laki kat luar.......apa2 hal.....mana aku nak panjat? semua bergrill.....

Ni la alat yang aku gunakan untuk pecahkan tombol pintu. Teringat pulak kat member Riz Angels, si lieahashim........kalau tak silap hari tu rumah dia pun jadi macam ni (terkunci dr dlm). Aku siap perli dia 'ganas' sebab guna anak lesung...........la ni....aku pulak buat kerja pecah pintu malam2......meleleh peluh satu badan.....hai..dugaan....dugaan......


tombol pintu yang dah di tukar baru

Dengar kata jiran di sini, dah banyak tombol pintu yang rosak. Apa yang menyakitkan hati aku tu, lepas di ganti baru, masih lagi jadi seperti sebelumnya. Lepas je suami ku keluar nak ke sekolah, aku pun kunci la pintu. Ye la......takkan nak biar gitu je.....aku bukan biasa kat sini...tapi bila aku nak buka balik (ni letrik punya pasal la.......kepanasan aku dua beranak dlm rumah...nak buka skit pintu, biar angin masuk)..........jem lagiiiiiiii.......nak mengamuk rasanya.....tangan aku yang sakit semalam pun tak hilang lagi, dia buat balik..............
Godeh punya godeh (aku guna klip rambut) akhirnya terbuka. Langsung ku sendal dengan kotak, senang.......apa2 hal...biar suami yang urus bila dia balik nanti. Aku nak rehat, badan sakit lagi ni........
cobaan.......cobaan....

Lepak di One Borneo


Semenjak tinggal di sini, kerap takde elektrik, bukan sekejap..........dalam seminggu, boleh di katakan setiap hari terputus bekalan. Kalau setengah jam tu ok la.......ni tak....sampai 2 jam. Hari minggu, masa berehat dengan famili pun terganggu. Pukul 9 pagi dah buat hal. Jadi, kami tak boleh duduk lama2 di rumah sebab kawasan sini panas (mungkin sebab cuaca memang panas skrg di KK). Terus bersiap untuk sarapan pagi dan lepas tu ke One Borneo.


Awal tiba di One Borneo, lebih kurang 10.30 pagi. Bagaimanapun kedai2 dah banyak yang buka. Kami hanya cuci mata, nak shopping.......duit tak berapa nak ada.....bajet lari....tengok sana, tengok sini......rupanya ada audition 'Pilih Kasih'.....


Aku harap2 la si hero malaya ada datang jadi juri. Mana tau kan.......dapat sekeping dua foto Rosyam Nor yg tengah meletop sekarang. Tapi hampa.......si Erma Fatima jadi juri........Layan kejap audition, best pulak tengok anak2 muda sekarang ni berlumba2 nak jadi pelakon dan penyanyi. Ada yang over acting, ada yang malu2, ada yang tak ready dialog dan ada juga yang datang ujibakat semata2 kerana adik yang suruh. Macam2 hal...........


Hingga 1.30 pm kami di sana, sebenarnya bukan nak lama2 tapi saje tunggu surat khabar hari minggu. Tadi budak perempuan tu kata 1.30 pm baru ada paper, datang sekali lagi, 2.30pm pulak............sudahnya kami pulang aje........

Ucapan ku

26hb ni..........mesti di rumah mak sedang riuh rendah kerana kenduri kahwin anak saudara ku. Maaf la Ina........makngah tak dapat balik untuk menghadiri majlis meriah korang.........nak buat macamana kan? tergesa2 buat majlis, patutnya tunggu la cuti sekolah hujung tahun!!

Buat kakak ku.......Cik Lon....yang demam hari tu, jangan buat kerja berat........nanti tak kebah demam tu, tambah teruk pulak. Abang Ramli kena pastikan dia banyak rehat, lebihkan minum air masak...........hal2 kenduri tu, biarlah orang lain uruskan.

Untuk mak saudara ku yang kepoh ni......Mak Lah.....tolong tengok2kan majlis tu. Apa2 yang tak kena..........laserkan je......pi lantak la kalau ada yang kecil hati.....kirim salam kat Uncle ye....

Oh ye....malam tadi perlawanan akhir bola sepak antara Selangor dan Kelantan di Stadium Nasional. Tahniah untuk Selangor.......tapi aku rasa Kelantan pun wajib dapat ucapan tahniah. Pada adik ipar ku (HADI) yang berkonvoi dari Kelantan ke KL, hati2 bila memandu. Mesti tak abis2 cerita pasal bola sepanjang perjalanan balik. Kalah pun takpe kan........janji hati puas dapat tengok live.

Haa......untuk kawan2 forum ku yang lama tak jumpa.....Kak rose jambu......wah..nama cun ni......fibie pun rindu gak nak bergosip dengan kak rose (walaupun kak rose ni pemalu orangnya, tapi boleh tahan gak bila bersembang). Ingat nak tepek gambar kat sini (gmbr kita dulu2) tapi takde plak.......kat pc agaknya....lain kali fibie letak ye? Kak rose dah ada blog rupanya........macamana kak rose boleh teringat kat fibie ni......biru langit yang bagitau ye? kak rose masih berforum di melayusg ke? ish....banyak soalan plak.......bukan apa, rindu dengan kawan2 di melayusg.........nanti kak rose jawab kat blog ye....tadi fibie tak dapat masuk blog kak rose, tak tau kenapa....

Mami jarum pulak.......kawan ku yang kecoh dan loghat penang dia yang pekat. Kak fibie masih simpan lagi pemberian mami tau!! Hari tu kata nak datang Sabah? Tak jadi ka......awat mami ni....kak fibie dah rancang nak jamu apa kalau mami sampai nanti....sorry la mami.....kak fibie kekadang tak dapat nak on ym........kekadang sibuk, kekadang masalah intenet, masalah komputer la........masalah 'malas' pun ada...masa kita nak berchating pun tak kena. Mami free waktu petang kan? InsyaAllah.....nanti kak fibie cuba...

Sebenarnya aku rindu jugak dengan Anak Manja Gebeng dan Umi. Tapi dah lama tak dapat kontek mereka. Kalau mami dan kak rose terserempak mereka di melayusg, tolong beritau yang fibie nak sangat berhubung dengan mereka. Nombor talipon yang diberi tak tau boleh guna lagi ke tak....
Ada ramai lagi kawan2 yang masih kekal dalam ingatan seperti Kiesya, Kabuk, Kosong, MistikalJiwa (dulu ada gak dia sms, kata nk jumpa di sabah), Baiyinah (ada chat dgn dia kat Sepaku.net) dll. Harap selepas ni kita akan bergabung kembali.

nota: fibie adalah nickname ku di forum melayusg.

Aktiviti membosankan

Memandangkan tiada aktiviti wajib yang boleh ku lakukan, aku turun ke laman rumah untuk mencuci kereta kami yang dah hampir 'karat' pada pandangan ku. Dah lama aku tak buat kerja2 macam ni.........dulu, masa bujang2 aku akan lap kereta 'kancil' ku sebelum ke tempat kerja. Orang perempuan ni (pada aku la) kalau ada harta, dia akan sayang macam dia sayangkan diri dia. Bukan la nak kata orang lelaki tak sayang dengan harta benda mereka, cuma orang perempuan lebih perihatin...........

Tapi.......lepas lap kereta, hujan pun turun...............nasib baik ada bumbung......


Seminggu dua ni aku tak dapat tengok af.........frust jugak ni.....celcom 3G pulak kekadang boleh tapi kerap putus2. Hangin satu badan dibuatnya.........dah la nak memasak tak boleh, tv takde astro........intenet....kejap ada, kejap takde.......
Kat depan rumah tu ada kedai makan (katanya org semenanjung), ada wi-fi.......apa lagi....bila sarapan pagi di sana, kami angkut laptop sekali. Best juga makanan yang di jual di sini......ada nasi dagang, nasi lemak dan lain2. Tapi........kalau hari2 makan di kedai, bosan juga.....

Menumpang rumah kawan

Ketika ini aku sekeluarga menumpang sementara di rumah kawan suami yang belum di sewakan pada sesiapa. Nasib baik dia ada rumah kat sini. Syukur sangat2 dengan bantuan dia. Walaupun jauh sedikit dari bandar KK, tak kisah la.

Disini, ada juga kedai2 makan dan kedai runcit sebab majoriti yang tinggal di sini adalah pelajar2 universiti dan ramai jururawat, apa yg ku nampak la. Depan rumah kami, bebudak bujang, sebelah pulak anak2 dara..........kekadang tu bising gak bila si bujang2 ni pasang lagu kuat2. Takpe la.......lebih dari ni aku pernah merasa......

Dalam keadaan begini, nasib baik ada kakak, adik, kawan2 talipon bertanya khabar. Rasa terharu pula, walau mereka tak dapat membantu, sekadar dengar suara pun dah cukup bagi kami. Sejak beberapa hari ni, aku selalu mimpikan mak, mimpi yang sedih2, mimpi yg menakutkan la.......sampai suami ku kejut, baru tersedar.......Ingatkan aku menangis dalam mimpi je.......rupa2nya menangis betul2.....Agaknya terlalu memendam perasaan, tu yang sampai terbawa2 dalam tidur. Sebenarnya aku jarang bermimpi. Kalau ada pun selalunya cerita2 yg mengarut je.......kali ni mungkin aku rindu sangat dengan famili di semenanjung agaknya, bukan 'agak' lagi.......memang confirm....

Balik pada menumpang rumah kawan tadi, di rumah dia ni aku rasa selesa walaupun terpaksa cuci baju dengan tangan. Barang2 kami sudah di hantar kerumah baru yang bakal kami sewa. Barang dah masuk, orangnya belum. Lebih kurang dua minggu kami terpaksa hidup macam orang bujang. Aku tak kisah, asalkan 'tuan rumah lorat' tu tak ganggu keluarga kami.........

Coklat Labuan

Pagi tadi, jiran ku yang baik hati ni......Eda....bagi coklat lagi. Suami dia baru pulang dari Labuan. Tempohari dah rasa 2 plastik coklat, ni bagi lagi......katanya harga coklat kat sana murah. Entah la, aku tak jejak lagi ke Labuan. Satu hari nanti nak pergi juga rasanya.
Mungkin pemberian ini untuk mengucapkan selamat tinggal pada kami atau mengurangkan stres dengan apa yang kami alami akhir2 ini. Eda juga bersimpati tentang masalah kami. Nasib baik dia ada, boleh juga aku jadikan tempat untuk meluah perasaan. Nanti bila dah selesai semua, aku nak ajak dia sekeluarga makan2 di rumah sewa baru kami.

Macam2 hal

Dari tingkap kondo rumah, hujan lebat setiap hari


Beberapa hari ni aku sibuk menguruskan hal rumah yang akan ku tinggalkan. Sukanya aku.......tak sabar nak angkat kaki........asyik menghitung hari nak pindah. Sebenarnya macam2 hal yang terjadi dalam seminggu ni. Sakit hati, rasa tertipu, sedih...........hinggakan nak telan maggi pun tak lalu tekak ni........

Dalam minggu ni pula kerap hujan petang. Ada yang kata, selalunya masuk bulan mei, cuaca di Sabah selalu begini. Harap2 masa angkat barang rumah nanti tak hujan. Bila hujan ni, semua rancangan selalu tergendala. Bukanlah tak mensyukuri nikmat yang di beri olehNya, cuma kalau tertangguh, mana la kami nak tinggal. Tuan rumah dah sms.........nak potong letrik dan air......hantar agen datang rumah, tanya bila nak pindah? Sedangkan sepatutnya tarikh kami keluar dari rumah, bulan mei. Bagi aku, nak potong.........potong la.....aku peduli hape? Susah berurusan dengan orang yang tak boleh di bawa berbincang. Semua yang kita cakap, tak berguna, tolak tepi. Mentang2 la kita ni tak berpangkat besar. Sampaikan masa nak pindah nanti agen tu nak datang tengok.........agaknya dia ingat kita ni kebulur sangat dengan harta dia yang dah nak reput tu.......takde aku hingin.....

Sabtu lepas.........sempat aku dengan suami ronda2 kat kedai batu2 kristal di Jamilah. Pertama kali aku masuk.......fuhh...rasa nak beli semuanya. Tapi nak beli dengan apa? Tengah pokai sekarang ni........tengok je jawabnya........Elok jugak, boleh release tension kalau tengok kristal dan mutiara ni.........ada duit nanti aku nak beli dan buat sendiri (harap2 tercapai niat aku ni sebab aku memang minat sangat)

Kampung Air..............pertama kali aku pergi sini. Mula2 dengar orang cakap kg air, mati2 aku ingat perkampungan yang di bina ditepi laut. Rupa kisahnya........nama je kg air........kalau la suami tak bawa ronda hari tu, sampai bila2 pun aku takkan tau.

Merantau di tempat orang ni macam2 perkara baru yang kami belajar dan bila dah terkena, kami akan ingat sebagai pengajaran. Peristiwa lucu kami bila terbeli surat khabar 'semalam' atau dah lepas sehari. Kami selalu shopping barang2 dapur di Survey, kalau di semenanjung macam Tesco. Di kaki lima Survey tu ada gerai surat khabar. Biasanya paper di sini paling lewat pukul 11.30 am baru ada (b.harian, metro dll). Hari tu kami shopping awal sikit, 10.30 am. Bila keluar dari Survey, suami ku nampak la harian metro ni dah ada kat situ. Dia pun apa lagi........wah...selalu lewat, hari ni pagi2 dah sampai......(dia pun beli tanpa melihat tarikh pd surat khabar tu..)
Sampai je rumah, aku pun tumpang sekaki baca tapi aku rasa macam dah baca. Suami ku kata, memang la awak dah baca kat intenet......ceh...ayat cover diri tu......lepas tu dia pun tengok tarikh kat atas..........hah!! sah surat khabar semalam! nak tergelak ada, nak marah pun ada.........pelik jugak orang yang menjual tu tak bagitau......tapi tak boleh salahkan dia, betul tak? sendiri yang salah, main beli je.......

Dalam sedih2, ada juga selingan kisah2 lucu dalam kehidupan kami. Apapun berlaku, aku tak pernah putus asa atau menyesal. Cabaran yang datang menjadikan kami lebih tabah. InsyaAllah.....

Tag dari Angah

Panjang giler TAG dr Angah ni.......macam mana pun saya cuba jawab dengan seikhlas hati ye...


1. Bekas kekasih saya adalah:
alamak......dah tua daaa......mungkin skrg dah berpangkat tinggi....
2. Saya sedang mendengar:
politik....politik....channel astro skrg ni...tp bukan saya yg minat...
3. Mungkin saya patut:
jadi pereka fesyen....ni cita2 masa lps sekolah....la ni, tukang masak je...
4. Saya suka:
membaca, melancong, memasak (wajib) dan juga bergosip dgn adik beradik
5. Sahabat-sahabat baik saya:
hanya kakak dan adik perempuan
6. Saya tak paham:
kenapa orang tak faham kalau kita susah, orang tak percaya?
7. Saya kehilangan:
kasih sayang bapa sejak umur 2 tahun......tp tetap bersyukur masih ada mak...
8. Ramai yang berkata:
saya ni gempal tapi ramai yg kata ok je......ish...dia org tu saje nk ambil hati.
9. Makna nama saya:
apa ye? tp mak beri nama ni sempena sultanah johor dulu...
10. Cinta itu adalah :
pengorbanan.....cinta tak perlu di ucap, kita boleh merasainya...
11. Di suatu tempat, seseorang sedang :
apa lagi.......membuta la dia tu.....
12. Saya akan cuba :
menggembirakan seseorang walaupun sebenarnya hati saya pedih
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud:
InsyaAllah BOLEH!!
14. Telefon bimbit saya :
jenama sony ericson.....murah je...yg penting bila terdesak boleh guna, kalau mahal tp takde kredit, watpe....
15. Bila saya terjaga dari tidur :
sama mcm angah.....kalo dah bulat mata ni, ada je benda nak di buat...
16. Saya paling meluat apabila:
orang yg berlagak mewah, ckp tak serupa bikin
17. Pesta / Parti adalah:
tempat muda mudi bergembira, bagi saya.....pesta makan2 boleh la join...
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
kucing saya yg bernama Tam (dah mati), walaupun dia kecil sgt, hitam plak....tp dia cute sgt terutama bila dia merenong kemata saya...
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
dari kecil hingga skrg tetap seronok, tiada satu peringkat umur yg saya tidak gembira menempuhnya....
20. Hari ini :
hari2 fikir nak masak apa? nak diet kononnya....
21. Malam ini saya akan:
aktiviti yg sama.....ngadap tv...intenet jugak...
22. Esok pula saya akan:
kemas barang2 utk pindah rumah
23. Saya betul2 inginkan:
terbang pulang ke semenanjung, jumpa mak, kakak dan adik beradik, rindu nk bergosip nih!!
24. Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini:
menggelupas plak muka aku ni......
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan :
shopping komplek utk ibu dan ayah, arked permainan tu....tuk anak....mesti la suka shopping
26. Makanan Barat atau Jepun:
confirm makanan barat, chicken chop la.....segala2nya chop...sushi bedal gak!!
27. Bilik yang terang atau gelap:
kalau terang, rasa panas.....gelap, takut plak.....suka terang la...
28. Makanan segera adalah:
untuk org malas masak
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
sms pagi ni utk cikgu anak saya....."dah seminggu lebih, tak siap lagi ke jadual sekolah?"
30. Siapa yang anda nak TAG?
tak penah TAG sape2 setakat ni.......kali ni nak tag....LAVENDER, andiza, yanie dan oldmanla....

Jiran mak

sedang tunggu di lobi Hotel PromenadeHari sabtu (3hb) kakak ku call, katanya jiran yang berdepan dengan rumah mak nak datang KK. Dia dah ambil nombor talipon ku dan bila dia sampai, mungkin dia nak jumpa kami sekeluarga. Dia datang bertiga. Sebenarnya dia dah biasa bercuti ke Sabah, cuma kali ni mungkin nak bawa anak perempuan dia makan angin.

Petang sabtu tu, Ustad (kita orang dah macam keluarga dgn ustad ni, susah senang sama2) tel. suami ku tapi sebab dah hampir maghrib, rancangan untuk bawa mereka meronda ditangguhkan esok saje.

Pertama sekali bila jumpa, dah tentu la dia (isteri ustad) sampaikan salam peluk cium mak dari semenanjung. Rindu katanya..........tapi nak buat macam mana kan.....hanya handphone jadi penghubung kami.

Sebenarnya, lepas ambil mereka di lobi hotel, konon nak kerumah ku. Ustad tak dapat join, dia kurang sihat. Bila dah dalam kereta, lain pulak tujuannya. Kami terus ke pasar kraf yang popular di KK. Aku pun tak pernah masuk lagi.........patut la ramai pelancong ke sini.....naik rambang mata ku. Nasib baik duit tak berapa nak ada..........kalau tak, mau rembat satu gelang ke.....brooch ke.....takpe la.....aku kan menetap di sini, anytime boleh datang......sediakan fulus je.....Ala....aku lupa snap gambar masa dalam kedai tu.

Lepas dah dapat apa yang kakDah nak (siap beli satu set rantai dan gelang, utk kawan pun dia beli gak), kami ke gerai ikan kering pula. Aku belikan untuk mak ikan bilis dan ikan keropok. Bukan taknak beli banyak tapi........kesian pula kakDah, barang dia lagi......takpe la, kalau jadi balik raya nanti, aku beli lebih untuk adik beradik yang lain.


ada jugak binatang ni kat sini.......macam mana rasanya ek?


Ingat nak belikan mak ikan masin terubok tapi tak jadi beli. Baunya boleh tahan harum!!



huhu.....sempat posing dgn kakDah...nak pergi minum plak...




yeaa.....kita posing dulu....utk KAKAK.....boleh la bagitau kawan2, gambar kakak kat blog akak....






Masa minum air kelapa, teringat kat kampung mak mertua. Selalu suruh adik ipar ambil kelapa muda belakang rumah. Buat dua jug tak sampai petang dah selesai.....





Waa...ibu dengan ayah romatiknya, share air kelapa.........haha...sebenarnya air tu banyak, sah2 aku tak abis minum sorang.......

Selepas hantar mereka beli makanan untuk tengahari, terus hantar balik ke hotel. Aku dah pelawa datang rumah tapi di tolak, mungkin taknak menyusahkan aku sekeluarga. Lagipun rumah ku tu dah macam tongkang pecah.......maklum le...orang nak pindah...

Untuk kakDah.......kita rasa terlepas rindu kat mak walaupun hanya dapat berbual dengan kakDah. Terima kasih belanja air kelapa ye!!









Tuan rumah yang.......HAMPEH...

Perlu ke aku cerita hal ni di sini? Sakit hati makin membengkak........MENANAHHH...(bak kata Sarimah)....cuma tak meleleh je air mata ni.......opps...jgn ingat kita bergaduh laki bini pulak ye!!

Ni kisah tuan rumah sewa aku ni.......hari2 membosankan kita orang dengan talipon dan ketukan di pintu (malam2 pulak tu...tak ke haru di buatnya?). Sebenarnya 'tuan rumah' ni tak pernah jumpa pun tapi si kerani kat kondo ni yang arahkan pekerja mereka datang rumah, minta duit sewa.

Mula2 nak sewa dulu, kita dah bayar deposit dua bulan, lebih kurang seribu lebih, tak termasuk sewa untuk bulan januari. Bil air dan letrik juga dua bulan, lebih kurang tiga ratus. Kira dah settle semua bayaran. Ye la.....kalau tak, takkan dia boleh benarkan duduk kalau tak bayar semua ni kan? Cuma kontrak tak sain lagi......dia pun tak panggil jadi kita pun biar aje la....

Sebenarnya, tuan rumah ni untung lebih sebab kami masuk pertengahan bulan januari tapi bayar penuh sebulan. Rumah pun tak di cat baru, paip, pintu, almari......boleh dikatakan dah buruk atau rosak. Memang ada tersedia dua buah katil, tv (aku rasa tv aku yg 12 tahun dulu lagi elok), peti ais, dapur gas, meja makan dan ada satu dua meja tv. Aku pun takde nak komplen sangat sebab keadaan kami yang terdesak memerlukan rumah.

Masuk bulan februari, suami ada kenalan yang nak sewakan rumah dia, murah sikit dari rumah yang kami duduki sekarang. Rumahnya aku rasa sesuai untuk Aziz, dekat dengan sekolah, tak perlu dia tumpang orang lagi. Persekitaran pun di kelilingi orang melayu, rumah teres satu tingkat. Perkara ni, suami ku dah pun maklumkan pada kerani tu awal2 lagi, penghujung bulan 2 lalu. Sebab sebelum ni dia ada pesan pada kami, kalau nak pindah kena inform dia awal2.

Jadi, di pendekan cerita, bulan mac dan april, kami tidak perlu bayar sewa sepatutnya. Sebab kami akan keluar dari rumah ni sebelum bulan mei sedangkan sepatutnya kami keluar pd pertengahan mei. Tapi malangnya, tuan rumah ni........sibuk mintak duit sewa, sedangkan yang di minta tu, bukannya hak dia........dah la deposit dia taknak pulangkan, dia nak pulak duit sewa lagi.....apa punya orang ni.....

Untuk mengelakan dari rasa marah (kalau dah cakap banyak kali, masih tak faham.....mesti la marah kan...) kami terpaksa tebalkan muka dan mendiamkan diri jika kerani tu talipon. Malu pun ada......apa taknya....kalau orang tak tau, mesti orang ingat kita tak bayar sewa rumah. Lepas tu mesti pekerja dia percaya cakap kerani tu........dan tentu jadi buah mulut mereka.....

Pakcik suami ada nasihatkan kami supaya buat tak tau je. Kalau dia orang desak2 juga, jom naik mahkamah!! Susah juga hidup di rantau orang, takde adik beradik dan sedara mare yang rapat untuk kongsi masalah. Segalanya kena selesaikan atau hadapi sendiri. Tapi ini bukan kali pertama kami menangani masalah sendirian. Sebelum pindah ke sini pun memang kami dah biasa berdikari. Cuma kami akan minta pendapat keluarga jika tiada penyelesaian.

Di sini......bukan aku nak minta simpati atau nak aibkan diri sendiri. Sekadar melahirkan rasa tidak puas hati. Kekadang ada manusia yang pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Semuanya kerana DUIT..........

nota: pengajaran dari peristiwa ini, kalau nak sewa rumah, kena kenal dulu tuannya.........