my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Daging Masak Lada Hitam - Dayang Jack


Dah lama kakpb tak jengah blog DayangJack yang cun melecun tu (belum pernah jumpa sebenarnya). Resipi ni kakpb selongkar kat myresipi.com. Buntu nak masak apa, hari-hari pening kepala. Orang lelaki kalau kita minta idea, nak masa apa eh.....awak masak je apa2, saya makan. Hemm...tak boleh harap. Bukan suruh masak, minta bagi idea pun susah. Tapi ok juga, dibuatnya cikgu fahmi minta masak yang susah dan remeh, nanti komplen pula. Syukurlah dia tak cerewet.

Biasanya kakpb masak daging begini tak letak tepung jagung. Kali ni ikut resipi Dayang, ada tepung jagung. Memang sedap sangat. Daging yang telah di rebus dulu jadinya lembut kena pula di potong agak nipis. 

Oklah...kakpb tolong copy paste resipi disini, senang korang takyah nak kesana. Minta izin ye, halalkan.

DAGING MASAK LADA HITAM
@blogsurirumah
sumber : DJ@myresipi.com

  • 500 g daging (direbus dgn sedikit garam dan dihiris nipis2)
  • 4 ulas bawang putih (ditumbuk/dicincang)
  • 1 sb lada hitam (ditumbuk kasar)
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sdt sos masam manis- kakpb guna sos tomato
  • 1 sdt sos lada hitam - optional
  • 1 sb kicap pekat
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • 1 sb tepung jagung (dibancuh dgn sedikit air)
  • 5 biji cili api (diketuk)
  • sedikit daun bawang dan daun sup (dihiris)
  • sedikit garam dan gula (jika perlu) 

Cara-cara

  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan 1/2 sb lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan 2-3 sb minyak masak dlm kuali dan goreng daging hingga separuh garing. 
  3. Keluarkan dan ketepikan. Di dlm kuali yg sama, tumis bawang putih hingga perang.
  4. Masukkan daging, lebihan lada hitam dan juga kicap pekat. Kacau sebati. Masukkan pula sos tiram, sos masam manis, sos lada hitam, bawang besar, cili merah, dan cili api. Kacau lagi.
  5. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung, daun sup, daun bawang dan perasakan dgn garam dan gula. (jika dah cukup masin dan manis x perlu bubuh garam dan gula)
  6. Hidangkan panas2.

10 ulasan:

  1. Terliur kakcik tengok daging masak kicap Zana tu. :)

    BalasPadam
  2. Baca bahan-bahan yg digunakan dan tengok gambar kakak dapat rasakan memang sedap tu zana..

    BalasPadam
  3. Wah zana.bestnya tengok gambar pun tau..

    BalasPadam
  4. bestnye..berkilat cantik plak tu..nyum

    BalasPadam
  5. Sedapnya kak.......makan dengan nasi paneh ni ...nyumsss

    BalasPadam
  6. uiiii meleh da sy tgk...sekali tgk mcm paprik..

    BalasPadam
  7. Sy pose arini kak. Tiba2 tgk gamba lauk akak ni. Aduh!!!

    BalasPadam
  8. salam kak..

    bestnya makan daging masak lada hitam tu..sedap tu.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)