my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Patin Masak Tempoyak

Assalammualaikum,

Apa khabar teman2 blogger semua. Kakpb minta maaf kerana jarang dapat blog walking beberapa hari ni. Mood nak berblog agak terbatas. Bagaimana pun mood memasak tetap maintain...3DHari minggu aktiviti paling boring bila kena pergi pasar. Stock lauk banyak dah licin. Udang, sotong, daging adalah benda wajib ada dalam peti kakpb. Ternampak ikan patin, tekak kakpb teringin sangat nak makan. Tapi kakpb lupa nak beli daun2 seperti kesom, daun kunyit, kunyit hidup....Rabbit 3bila dah nampak banyak benda kat pasar, otak mula kelain. Beli keledek pulak.

Jadi kakpb masak patin tanpa daun2 yang sepatutnya. Tempoyak pun tinggal ciput je dalam peti. Cikgu fahmi tu, masa kakpb nak beli ikan patin, rupa dia macam tak setuju je. Bila dah masak...Mimimo mousedua pinggan kau!!

PATIN MASAK TEMPOYAK
@blogsurirumah

4 ketul ikan patin (cuci bersih dengan limau kasturi)
5/6 biji cili padi
1 keping asam keping
1 batang serai di titik
1 biji buah tomato di belah2
2 sudu besar tempoyak
2 ulas bawang merah (saja kakpb tambah)
sedikit air
garam dan gula

Tumbuk cili padi dan bawang merah.
Masukkan semua bahan dalam periok.
Tutup api setelah ikan masak. Kakpb masak dengan api sederhana.



Kakpb bukan pandai sangat masak apa2 pun menggunakan tempoyak sebab ia bukan kegemaran kakpb. Jadi bila dah siap tu, rasa macam tak menjadi je. Rasa tak menarik walaupun cikgu fahmi kata sedap.

Ok la....sekadar nak lengkapkan diri sebagai tukang masak blog surirumah, kakpb tak kisah kalau orang kata resipi ni tak best. Hidup harus mencuba, merasa, mencabar diri....barulah ada keseronokkannya. Betul tak? Mimimo mouse

12 ulasan:

  1. Mereka yg suka makan tempoyak mestilah suka makan masakan macam ini Zana itu yg makan sampai 2 pinggan..

    BalasPadam
  2. wallaaaaaa... fav sy nihhhhh

    p/s just nk tanya..akk dok sabah area mn ye?

    BalasPadam
  3. Kak, klu kite msk dgn penuh kasih sayang n ikhlas, lauk tak ckp bhn pun jdk superb kak. Heheheheh...

    BalasPadam
  4. assalam,
    lamanya tak makan ikan patin msk tempoyak ni.Tempoyak ada belen lg sket,tp ikan patin yg ada jumpa selalu dh lembek2 jer tak fresh.Terliur pulak tgk ikan patin msk tmpoyak kak pb ni

    BalasPadam
  5. ooo putatan.. jauh ke dgn KK? insya allah kalu x de aral melintang, hjg thn ni nk ke sabah.. ;-)

    BalasPadam
  6. Salam kak pb.. dh lama x masak ikan patin.. ikan sungai ni kalau x fresh mmg xleh nk telan. tun xbape makan, tp hasben tun mmg hantu la patin masak tempoyak ni..

    BalasPadam
  7. tu dia...kena nasi panas wooo terangkat kak..

    BalasPadam
  8. pernah beli patin masak tempoyak Dari temerloh. seketol m50! sedap!

    BalasPadam
  9. Assalam kak pb, ikan patin belum pernah makan
    Mak kita pun tak reti makan ikan patin ikan keli
    Ikan tilapia kita. Suka.. ;)

    BalasPadam
  10. kalau yg suka memang sedap, tapi KY tak makan ikan patin dan tempoyak..cam mana tu..hiih

    BalasPadam
  11. Kadang2 pernah juga orang kantin masak lauk ikan patin.. tapi harganya boleh tahan juga..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)