my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Daging Bumbu Bali


Tengok rupa, macam rendang kan? Rasanya pun lebih kurang je cuma tak guna serai.Kakpb suka rasanya yang seperti ada krisek. Saja letak kentang sebab nak tukar dengan tomato tu.

Resipi dari favourite-recipes blog, tuannya kakpb tak kenal tapi kakpb jumpa dari blog Ayu Curlybabes, Singapore. Terima kasih perkongsiannya ye. Izinkan kakpb kongsi di sini pula dan maaf sebab ada ubah sedikit.

DAGING BUMBU BALI
@blogsurirumah
resipi asal dari buku Chef Wan

  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan santan pekat
  • 500 gm daging lembu - dipotong-potong
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 3 biji tomato - dibelah empat (kakpb ganti dengan kentang)
  • garam secukup rasa
Bahan kisar :
  • 5 biji buah keras
  • 8 tangkai cili merah- kakpb tukar dengan cili padi + 1 btg cili hidup
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu teh kunyit serbuk

Cara memasak

  1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar sehingga wangi. 
  2. Masukkan daging, santan dan daun limau purut. Renihkan sehingga kuahnya pekat.
  3. Tambah kicap dan garam
  4. Masukkan kentang yang telah di belah empat. Masak sehingga daging dan kentang empok.

13 ulasan:

  1. Bestnya..pekat sangatkan..and kalau rendang pun kita suka yang pekat..terasa curry dia..

    BalasPadam
  2. salam kak pb..

    menarik la menu daging bumbu bali tu..tergoda nampak..ada lagi tak?

    BalasPadam
  3. Sedapnya tengok ni. Makan dengan nasi putih panas2 mmg layanzzz

    BalasPadam
  4. Sedapnya tengok ni. Makan dengan nasi putih panas2 mmg layanzzz

    BalasPadam
  5. Rajin betul zana mengolah. Kakak kalau tengok macam nak buat tapi selalunya memang tak terbuat..

    BalasPadam
  6. Salam .. wah kak zana rajinnyer,, ni datang nak tinggal mkn je h eh he.. ni lawan ngan nasi impitpun sodap neh..

    BalasPadam
  7. Mg nmpk sdp ni kak....kena try. Yummeh!

    BalasPadam
  8. Sedap ni kalau makan dengan nasi impit...terliur pulak dah nih!

    BalasPadam
  9. Salam kak pb.. kalu pekat2 mcm ni, mula la rasa nk rendam pulut. wat mkn ngan pulut kuning.. sedap wehh..

    BalasPadam
  10. Macam rendang pun ada. Nak tanya skit, Bumbu tu apa maknanya?

    BalasPadam
  11. nmpk mcm rendang...mkn dgn ketupat sedap ni

    BalasPadam
  12. eeemmm...nampak sedap, walaupun KY kurang makan daging, sesekali buat sedap juga kan? nanti blhlah KY cuba

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)