my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Bila berjauhan

Bila kita tinggal jauh dari keluarga, pasti kita akan teringat-ingat, terkenang-kenang saat manis bersama mereka kan? Masa kat dapur buat sarapan pagi, masak tengahari bersama, sembang2 kat ruang tamu sambil gelak tergolek-golek.....hemm..bila cuti begini kakpb mulalah terasa nak terbang balik KL.

Kakpb ni suka sangat ambil gambar. Mana-mana pergi asal pelik sikit je, cepat lari cari handphone, klik2 sekeping dua. Cikgu fahmi dengan anak bujang kekadang geleng kepala....hehe..

Saja nak share himpunan foto kakpb yang buat kakpb terkenang2.


Pernah tengok bagaimana buah katak puru/namnam ni dipokoknya? Semenjak kahwin, inilah kakpb nampak belakang rumah mertua bagaimana buahnya bergayut di batang pokok....ohh gitu rupanya? Sedap buah ni, masam2 seperti mangga.

Masa di Kajang, kakpb tak sempat makan sate Kajang. Balik Kelantan teringin pulak. Waktu ke Pasir Tumbuh, nampak satu restoran jual Sate Malaysia. Nak cuba ke tak? Cuba je la...kakpb ni kalau bab makan agak memilih. Eh...sedap pulak! So, kita orang pun beli bungkus bawa balik. Sate lembut, sedap dan kuahnya pun tak mengecewakan.


Serius, sagopal ni sedap sangat bagi kakpb. Nak buat tak pandai (malas sebenarnya) beli sebungkus boleh makan dua orang. Dalamnya inti kacang merah dan kuahnya santan pekat....huhu....memang lupa sekejap bab nak kurangkan berat badan.



Kakpb rasa tempat lain takde jual tapai ubi goreng begini. Pun favourite kakpb. Kenapalah yang kakpb suka semuanya makanan yang boleh menambah berat badan? Kuih badak tu pun, sedap gila. Orang Johor panggil kuih rengas rasanya.


Banyak kali balik KL selalu tak dapat jumpa pak busu kakpb ni (kemeja petak) Teringat masa kecil dulu, dia belum kahwin dengan mak busu.
 Bila balik kampung sesekali (dia pembantu perubatan askar) suka sangat menyakat kakpb.
 Orangnya pendiam tapi kalau menyakat, memang menyakitkan hati.
 Ada sekali tu dia menyangkol depan rumah. Meh kejap tadah tangan, ni duit syiling pakbusu jumpa ni. Kakpb masa tu sekolah lagi, sukalah kan?
 Tadah tangan......rupanya seketul cacing diletaknya kat tapak tangan kakpb. Uwaaaa.....menjerit lintang pukang lari....
Kalau kakpb pakai lawa2 nak keluar rumah, calit lipstik ke.....dia perli...orang darat nak keluar bandar!! huh!!
Sekarang bila jumpa rasa macam kakpb pula yang tua. Dia macam tu jugak, still nampak muda. Dapat jumpa kejap dirumah mak saudara kakpb di Trengganu, lepas juga rindu ni.


Haaaa....ni air tangan emak kakpb. Dia memang suka memasak. Lontong dan laksa penang ni dia buat untuk kami dan emak saudara kakpb yang balik dari Canada. Lontong mak mesti ada ayam goreng. Ayam goreng dia terbaiklah. Emak suka perap dengan cili, halia, bawang putih, kunyit dan garam. Walaupun kita selalu buat benda yang sama tapi tak sama rasanya dengan airtangan emak.

 Kakpb dapat souvenir dari Canada seperti body lotion, keychain, fm, mug dan coklat. Sedap coklat dari sana...hehe...jakun sungguh sedangkan coklat tu sama je beli kat mana2 pun.
  
 

 Sis Fatima, kawan kepada mak saudara kakpb yang ikut sama bercuti di Malaysia. Umur dah 61 tahun tapi masih cute orangnya. Agak2 dia agama apa? Nama je Fatima tapi bukan Islam. Dia selalu sebut assalammualaikum, alhamdulillah bila bersama kami kerana anaknya ada yang dah masuk Islam. Hari tu dia ajak kakpb teman beli tudung untuk menantunya. Dan dia beli satu untuk dia. Katanya kalau dia pergi masjid (ikut mak saudara kakpb) dia boleh pakai. Mudah2an dia akan terbuka hati untuk memeluk agama kita yang mulia ni.

Oklah...panjang lebar coretan kakpb. Saja terkenang kisah lalu.

4 ulasan:

  1. Padat aktivuti bila balik semenanjung. Tule kan, bila berjauhan dr keluarga, masa yg ada guna sepenuhnya

    BalasPadam
  2. Assalam
    Betul tu selalu terkenang kenangan2 mcm tu kan
    Kadang rasa nk je kembali ke masa lalu tp x mungkinlah he hee
    Buah namnam tu sy pula ada kat umah arwah tokngah, kalu pegi umahnya mesti intai ada buah x yg blh petik
    Sedappp yg masak.
    Sgt2 rindu saat itu skrg tinggal dlm bayangan sj

    BalasPadam
  3. @ANIM
    begitulah nampaknya Anim, sampaikan naik letih badan ni :)

    BalasPadam
  4. @mama sara nur
    kampung kakpb di Johor Mamasara, langsong takde dah dlm kenangan, sedih sungguh..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)