my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Singapore

Aktiviti cuti kami tempohari di Singapore (kakpb taip laju2 ni sebab kerja banyak belum selesai).
Waktu ke sana kakpb asalnya plan nak bawa kereta adik ipar. Tapi bila fikirkan tak reti jalan sana, minta sepupu datang jemput di JB. Rumah pakngah kakpb dekat Woodland je, jadi taklah susah bagi sepupu nak ambil kami dengan kereta dia. Plan nak sehari je di Singapore tapi sepupu kata dia dah ambil cuti hari isnin, kesian punya pasal kita up 2 hari...hehe....tiket balik KL pun lambat lagi. 

Tiket dari kl ke Johor hari tu murah je, bawah dari seratus seorang. Emak kakpb ikut sekali sebab dialah pelakon utama cerita kami di Singapore...hehe...nak jumpa abang dia. 
Dipendekkan cerita, dah jumpa tu, panjang pula mereka ni berborak dari zaman askar tanah melayu hinggalah ke arwah mak dan bapak masing2. Pakngah kakpb ni masih tegap orangnya, cuma pendengaran agak kurang. Katanya dulu telinga dia bermasalah disebabkan bunyi bom meletop...bla..bla...kakpb tak dengar sangat kisah benar dia.

Kakpb tak tukar mata wang Singapore sebab memang tak plan nak kemana2 pun. Rupanya sepupu kakpb dah rancang nak bawa kami jalan2 sekitar Vivocity dengan menaiki MRT (monorel) Sentosa Express. Semua urusan matawang Singapore sepupu kakpb yang bayarkan. Malu juga sebenarnya tapi dah itu rancangan dia. 
Kami solat zohor di Masjid Temenggong Ibrahim JDT. Masih ada lagi tanah johor di Singapore rupanya. Lepas solat kami lepak kejap makan kuih Jenni (seperti pau goreng inti kacang dan pelbagai lagi) Perut tengah lapar dengan cuaca panas ketika itu, semua jadi sedap. Tapi memang sedap pada tekak kakpb.

Lepas tu kami terus ke Sentosa Waterfront Station untuk ke USS. Kakpb dah lupa harga tiket. Boleh berhenti di station Imbian dan Beach station.
Kami tak masuk dalam pun, cuma gambar diluar saja. Sebabnya memang takde plan nak pergi. Anak masing2 dah muncung sebab mereka tak tahu plan mak bapaknya. Kalau plan ke USS ke pergi awal pagi, ni dah tengahari. InsyaAllah lain kali kita pergi ye.




Kami singgah di Masjid Glam di Kampong Glam. Juga Taman Warisan dimana banyak khazanah allahyarham P. Ramlee dipamerkan. Memang leka duk dalam tu, dipasang lagu dan filem2 lama. Anak2 pun seronok.



Kami singgah juga di Marina Bay dimana terletak dengan megahnya bangunan Marina Bay Sands.


Masjid Sultan....walaupun di Singapore banyak bangunan lama, kebanyakkannya di cat semula. Kelihatan bersih dan cantik.


Foto main tangkap muat je sebab orang belakang (pelancong) tak sabar2 tunggu kita..


Maaf, dah masuk keperut baru nak bergambar. Laksa Siglap yang kami adap ni di Geylang Street. Memang sedap. Nanti kakpb nak cuba buat.


Ni pula pelik pada kakpb. Kacang Pool....makan dengan roti perancis..pun sedap. Ada telor setengah masak didalamnya.


Ni pula sup tulang merah. Sebenarnya kakpb tak tau pun rupanya daging kambing. Kakpb tak makan sangat, ambil buat syarat je. Masa ni sepupu belanja makan kat rumah. Alhamdulillah....ada lagi currypuff yang popular di Singapore sepupu kirim bawa balik KL. Sekeping boleh makan 3 orang, besar gila. Gambar lupa ambil.


Masa baru sampai, budak2 ni seronok sangat main kat sini. Rasanya di tempat kita belum ada taman permainan begini kan?


Terkial2 Aziz manjat bendalah ni. Budak2 lain yang dah biasa laju je....hehe...ibu dia kat bawah berdebar2 takut gedebuk kebawah anaknya.



Akhir sekali gambar puan blog....naaaak juga!! Maaf gambar tak tersusun kerana puan blog tak sihat, macam nak demam je badan ni.

Sekian.

7 ulasan:

  1. salam kak pB,

    pB ucapkan Selamat Tahun Baru
    Semoga selalu sihat dan gembira

    BalasPadam
  2. salam ziarah kakPB..lama menghilang ya...

    BalasPadam
  3. Waalaikumsalam kakPB...memang jauh bezanya dengan apa yg ana paparkan di anajingga entri riverfront tu..mmg bukan kita nak bangga dgn negara org tapi tahap kesedaran hak awam penduduk kita ni masih jauh tertinggal di belakang..terima kasih singgah dan berikan pendapat yg bernas..btw patutlah lama menghilang..holiday rupanya..

    BalasPadam
  4. macam seronok jer... memang seronokkan????!!

    BalasPadam
  5. Bestnya jalan - jalan singapore. Rasa nak pergi lagi. Tapi tatau bila...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)