my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Serunding Ikan nasi kerabu

Bila dah berfacebook dan instagram, tak masuk twitter......jadi malas betul nak update blog. Kenapa eh? Agaknya sebab kawan2 yang selalu komen kat sini dah senyap berblog :( masing2 menyibukkan diri dengan keluarga dan tugasan) Dapat lepaskan rindu kat whatsapp je.....tak best la....nak buat macam mana kan? Blog nombor dua, utamakan keluarga dan kakpb tau ramai blogger ada side job selain daripada bekerja dengan kerajaan atau swasta.

Semalam kakpb buat serunding ikan yang biasa kita makan dengan nasi kerabu tu. Anak kakpb suka sangat, siap dengan budunya. Serius, kakpb tak makan budu kalau tak dicampur dalam kuah. Cikgu fahmi kata, kalau orang makan nasi kerabu, jangan percaya bila dia cakap tak makan budu. Kenapa? Sebab dalam kuahnya (orang Kelantan panggil 'tumis') dah campur budu....haha....ambik kau! 

Sebut pasal kuah tumis nasi kerabu ni, lucu pula teringat dialog dengan mak mertua kakpb tempohari. Kakpb call dia, mak ajarlah macam mana buat serunding ikan nasi kerabu. Pada hal kakpb dah tau dah. Tapi kan, nak memikat hati mertua ni, walau dah tau pun kita cakap tak tau. Nampaklah kita ni bersungguh nak belajar masakan dia....hehe....cara memikat hati mertua tau.

Orang Kelantan cakap kuah nasi kerabu tu.....tumis. Tapi kita orang Johor kalau tumis tu, panaskan minyak dan masukkan bawang dan bahan lain...
Maka jadilah kesalahfahaman ketika berborak dengan mertua....haha...dah lama kahwin pun tak reti-reti lagi?

 

Kakpb bukanlah nak tunjuk pandai buat serunding ikan ni. 
Emak kata, ikan dibakar atau direbus (kakpb bakar ikan sardin)
Kelapa muda parut lebih sedap tapi dah takde, belasah je mana yang ada.
Bawang merah, serai, bawang putih, gula dan garam. (mesin)
Kelapa digoreng separuh garing baru masukkan bahan mesin, gaul rata dan keringkan lagi.
Mula buat terkering, esoknya kakpb blend lagi serai, bawang dan ikan. 
Baru sedap.

Ada yang tanya kakpb masak nasi lemak guna susu segar/kotak, apa rasanya? Memang tak selemak seperti santan. Tapi dah lama sangat kita ni makan makanan bersantan. Umur meningkat kenalah jaga kesihatan. Sedap atau tidak tolak tepi. 


8 ulasan:

  1. sedapnya..kita suka makan sambal ikan...

    BalasPadam
  2. X pernh wat sendiri kak..biasa klu beli nsi kerabu mintak lebih nie..sedapp

    BalasPadam
  3. Betullah zana Johor kata tumis tu yg guna minyak dah tu masukkan perencah hihi... tak sama:)

    Kakak tak pernah buat serunding ikan tuk nasi kerabu ini tau. Sebab biasa kakak nasi kerabu beli aje. Kalau nasi lemak dah selalu dan sama macam Zana tak guna pun kelapa bukan sebab apa susah nak dapat..

    BalasPadam
  4. Alhmdulillah sy ni jenis rembat semua mknn dlm mulut kak...I like..

    BalasPadam
  5. @Raudzah Z
    mmg sedap tapi nak buatnya..huhu..malas betul.

    BalasPadam
  6. @zila norazila
    Anak kakpb selalu mcm tu, mintak lebih.

    BalasPadam
  7. @Kakzakie
    hehe...zana dgn mak mertua gelak sakan sebab salah faham tu.

    BalasPadam
  8. @Rohah
    Alhamdulillah, senang pergi mana2, tak menyusahkan suami:)

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)