my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kerepek Ngaku - baru ku tahu

Assalammualaikum, 
Lemau betul nak update blog hari2. Gambar dah upload, ada saja rintangannya. Nak keluar la.....nak beli barang la....nak masak....nak jemur kain.....ish banyak betul kerja surirumah ni. Kadang2 kakpb fikir bagus kalau kakpb ada kerjaya lain yang lebih mencabar...hehe...tapi kan...ini pun dah mencabar rasanya. Cuba sesekali suruh encik suami buat kerja2 kita ni, boleh tak? Mesti angkat bendera putih punya!!

Untung ada kawan blogger di facebook kan? Boleh tanya itu ini. Boleh minta tips apa yang kita tak tahu sesuatu perkara. Boleh tanya apa saja (kalau aktiflah) yang kita inginkan selain daripada benda sensitif.

Kakpb buat kerepek ni sebab tengok kawan2 blogger semua 'mengaku'....hehe...mau tak jeles? Terima kasih MamaWana atau Azwa Kamar yang berkongsi kisah ngaku ni. Dan juga blog rujukan kakpb Qaseh Honey.
Boleh rujuk blog mereka ye, kakpb tak sempat nak taip panjang2.


Kakpb beli kurang dari sekilo untuk percubaan. Memang sedap gilos laa.....
sambil goreng sambil krap krup, mana nak dapat setupperware?


 Gigih kakpb kupas berhati2, maklumlah barang mahal.

Kali pertama goreng ngaku ni, kakpb tidak begitu menjadi. Ada yang belum garing dah angkat. Ingatkan dah ok, rupanya bila sejuk rasa lemau. Tau dah....lepas ni bila dah rendam dengan air garam, toskan. Hari tu kakpb buat tak tos. Nak cepat kononnya, bawa besen rendam ngaku tu kat tepi kuali. Tu la pasal....orang ajar tak baca habis....hehe....korang jangan ikut style kakpb ni ye!!

10 ulasan:

  1. Wah! mengaku jugak yer...samalah kita... sedap kan...

    BalasPadam
  2. Kalau sekilo pun dapatnya tak banyak zana. Kalau rangup sekali hadap makan dgn Aziz mesti habis:)

    BalasPadam
  3. hmmm.. baru ngaku kan yang ngaku ni mmg sedap.. :) hehe.. wajib ngaku kalau datang musim.. dah habis musim tahun depan pulak boleh makan..

    BalasPadam
  4. tiap2 tahun, sokmo la tgk kawan2 buat kepek ngaku ni...saya plk tak tergerak hati lagi nak membuatnya. semedang otese...dapur pun tak berusik

    BalasPadam
  5. Ni yang rasa potato crisp kan kakpb...macam la tapi tak tau betul ke tak..coz rasa nama macam lain...

    BalasPadam
  6. @Raudzah Z
    ada juga rasa kentang goreng tu tapi kakpb rasa yg ni lebih sedap kot.

    BalasPadam
  7. wahhh sedapnyaa.. mintak sikit bolehhh?? hehehe

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)