my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Cucur udang air panas

 
Aik? cucur udang pun nak update? Haruslah kan.....benda yang kita baru tau, kita share dan simpan kat sini.
Kakpb bukan tak pandai buat cekodok, semua orang tau. Tapi kadang melepek je cekodok tu, kadang keras kejong (nasib baik cikgu fahmi belum bergigi palsu...haha)

Kakak kakpb buat cekodok tak guna air panas. Dia suka lebihkan bahan didalamnya seperti udang dicincang, bawang merah dadu, daun sup dll. Tapi elok je menjadinya.

Kakpb jumpa ni pun kat fb Anna Qawina dia buat cekodok kosong je untuk anak-anak. Ni kakpb ubah letak udang segar, bawang, carrot dan cili merah. Terima kasih pada Dzana Inspirasiku yang sudi share dan memanjangkannya di blog. Kakpb share disini pula.

3 cawan tepung gandum* 
udang segar di cincang*  
1 biji bawang besar potong2 kecil*  
1 biji lada merah(dihiris)*  
daun sup/bawang (hiris)* 
1/2 btg carrot (kakpb tambah sendiri)
  • garam secukup rasa* 
  • 2 1/2 cwn air panas mendidih  dan minyak untuk menggoreng
 1. Satukan bahan bertanda* dan gaulkan kesemua bhn*
 2. Bulatkan lubang ditengah adunan
.3. Tuangkan air panas dan kacau dengan cepat. adunan akan menjadi berat dan kental
 4. Bentukkan adunan spt bebola mengikut selera..
 5. Panaskan minyak.. dan gorenglah dengan api sederhana hingga kekuningan..
***kalau tak balas komen kat sini, bukan bermakna kakpb tak sudi***

7 ulasan:

  1. minum petang ni buat cucur udang pun best jugak ni...he he he...

    BalasPadam
  2. wah best cucur udang ni,lagi2 klu pekena petang2 gini...skli kopi o panas....hehee.

    BalasPadam
  3. akk sy lapo ni..hntr la sepiring 2 ;-)

    BalasPadam
  4. nampak ni terus buat.... sedapnya makan panas2, x de udang, taruk ikan bilis jer.

    BalasPadam
  5. Cekodok guna air panas ni lembut di dalam garing diluar itu yg sedap Zana... anak kakak pun suka.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)