my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Satu ketika dulu, Trengganu dalam kenangan

Imbas kembali ketika jalan-jalan Trengganu. Satu ketika dulu kakpb pernah menetap disana. Banyak kenangan pahit dan manis terakam diminda, tak dapat nak lupa. Bagaimana pun kisah dah berlalu, biarlah......ditelan masa....dikenang pun tak berguna. Kadangkala mendatangkan sesak difikiran. Lepaskan semua kisah lalu, jadikan satu kenangan abadi yang tersemat dihati.....huhu....kakpb bermelankolik ni kenapa eh?

Lupakanlah.....dah tua2 ni feeling sedih tu macam tak lut kat hati. Sekarang masa untuk bergembira...hehe...betul tak? Bila meningkat usia ni, kita kena lebihkan rasa gembira, tenang, fikiran tak mau kusut masai (walaupun kita ada seribu masalah dalam hidup). Kena redha, barulah aman.

Kakpb singgah sekejap je di Pantai Batu Burok, mengimbau kenangan lalu. Kalau tak silap tahun 80an rasanya. Tak banyak perubahan. Cuma ada kereta kuda tu dan mungkin benda2 kecil yang kakpb tak perasan.

Tak banyak foto yang boleh di kongsi. Rancang nak ke Taman Tamadun Islam tak menjadi sebab cuaca kurang elok. Anak bujang kakpb dah muncung. Kami singgah solat di Masjid Kristal dan duduk2 sembang dengan anak saudara yang nakal tu...

Aksi Alia Amani yang buat mama dan papa dia berkejar kesana kemari. Punya la laju dia lari....hehe...semput papanya!!

Lepas lepak kat masjid, kami makan malam satu kedai makan bawah jambatan (Kuala Ibai? kakpb lupa la) Sedap betul makan disitu. Adik ipar order sotong goreng tepung, ikan siakap steam, sayur goreng, tomyam size medium, telor goreng dadar dan nasi. Harga semua tak sampai pun seratus ringgit untuk makan  7 orang. Murah gila.

Malamnya takde keluar jalan2 macam kat JB. Bagi kakpb Trengganu tidak meriah diwaktu malam (maaf ye orang Trengganu) Malah nak shopping pun takde tempat yang menarik. Orang Trengganu sendiri setiap minggu katanya turun Kelantan untuk melabur duit....hehe....banyak plat kereta T yang kakpb nampak bila di Kota Bahru. Bagaimana pun kakpb beri 5 bintang untuk keindahan Trengganu kalau nak melancong. Pulau yang cantik seperti Pulau Perhentian, Pulau Kapas, Sekayu, Tasik Kenyir dan banyak lagi. Pulau Duyong je kakpb belum sampai.....bila agaknya....tahun lepas rancang nak pergi, tak jadi juga. Mungkin tak boleh plan cuti hujung tahun sebab musim hujan selalunya.

Esok pagi kami sarapan rumah sepupu kakpb, apalagi.....nasi dagang ler hidangan yang kakpb paling suka. Gambar ada tapi malas la nak upload kat blog, biasa2 je. Sebelum tu singgah di pasar Marang beli rempah gulai nasi dagang. Sampai juga hajat kakpb nak dapatkan rempah ni. Susah nak jumpa tau, hanya di Trengganu tu.

Oklah.....sebelum kakpb melalut kelain, baik stop dulu. Nanti kakpb round blog korang, petang sikit kot.
Jumpa lagi, insyaallah.


14 ulasan:

  1. ooo akk penah tggl kt sini rupanya...insya allah sy akn terjah ke sini pula bln dpn ;-)


    p/s EMEL SAYA ADA KAT ENTRY NI:

    http://katahatiku-zana.blogspot.com/2013/11/kundasang-dan-mesilau-entry-hari-sabtu.html

    BalasPadam
  2. Kenangan lalu ada masanya boleh mendatangkan perasaan sayu bile dikenang.. nice sharing.. :)

    BalasPadam
  3. Seronok bila megenagkan percutian di Terengganu. Banyak tempat menarik di sana.

    BalasPadam
  4. saya pun setuju dgn statement kakpb pasal suasana malam di Terengganu... hihihi, walau saya kerja kat Terengganu, tapi mmg hujung minggu balik Kelantan jumpa mak ayah sambil shopping2... mmg malam di kelantan lebih happening... opps, harapnya orang terengganu tak marah... peace (^___^)

    BalasPadam
  5. salam kak pb... alhamdulillah, org ganu mlm2 luangkan masa bersama keluarga di rumah :) tun sefamili mmg sgt jarang kuar malam, even bila duk bintulu ni pon blh kira ngan jari brp kali kuar mlm. bestnyer kak pb dh pergi hampir semua pulau kt ganu ye. tun org ganu ni pon baru jejak pulau perhentian. pulau2 lain selalu je plan nk pergi tp selalu x bksempatan.

    BalasPadam
  6. Salam kakPB...anakbuah atie kawen dpt org Trengganu...bulan 12 aritu dia blk sana,atie kirim rempah gulai nasi dagang gak
    Nnati kakpb kongsikn cara2 msk menggunakn rempah tu ya.
    Terima kasih..

    BalasPadam
  7. Melayan kenangan lalu kekadang mengasyikkan..tetapi sekadar imbasan je kan..hihiii

    BalasPadam
  8. @Khai♥Rin : anies
    hehe...dah berzaman masa tu Anies.
    Nanti update kat blog ye.

    BalasPadam
  9. @Pokok Manggis Depan Rumah
    seronok tapi duit pun terbang melayang tah mana2..

    BalasPadam
  10. @tun_telani
    Mcm kakpb pun, jarang keluar malam..ish..dah tua2 ni baik kat rumah je. Tun kena pergi tempat menarik di Trengganu, rugi tak pergi.

    BalasPadam
  11. @♥♥azatiesayang ♥♥
    Insyaallah Atie, kakpb bukan pandai sangat masak guna rempah tu.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)