my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Tumis labu kuning dan batang saleri

Entry ni dah beberapa hari tak sempat publish, ada hal yang menghalang bila buka laptop, mengantok. Bila buka laptop, ada permintaan nak makan, nak minum, ada tetamulah....kepasar la....huhu...banyak alasan kakpb ni ye?

Ok, kakpb memang suka sangat dengan labu kuning ni. Kalau makan hari2 pun takpe tapi cikgu fahmi tu disuruh pantang makan. Maknya kata tak boleh makan sangat dari dia kecil, sebab apa taktaulah. Angin kot? Bagi kakpb labu ni kan banyak khasiatnya....


Biasa kakpb masak lemak putih dengan lada hitam. Kali ni kakpb tukar pula, ikut resipi dari blog Cik Akak. Ok juga, bosan masak lemak, tukar selera sesekali.

Cuma kakpb ubah sikit, campurkan batang saleri. Sedap. Batang saleri ni masukkan dalam sup atau tomyam memang menyelerakan. Terima kasih Cik Akak kerana memberi idea masak labu ni.



TUMIS LABU KUNING DAN BATANG SALERI
@blogsurirumah
sumber : Cik Akak

Labu kuning (ikutlah banyak mana) kupas kulit dan potong kiub 
2 batang saleri, potong serong
Bawang merah
Bawang putih
Ikan bilis
Sedikit cili padi
Sedikit belacan
Minyak untuk menumis

Tumbuk semua bahan diatas.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga naik bau.
Masukkan 2 gelas air, biarkan mendidih.
Masukkan labu dan masak hingga lembut.
Letak garam dan gula.


Dah siap. Kakpb ratah gitu je, memang sedap sangat.

4 ulasan:

  1. Amboi tak sangka ada juga yang berkenan dengan labu kuning cik akak nie..hihi..thank q sudi guba resepi cabok cik akak tu

    BalasPadam
  2. Aroma batang seleri memang membangkitkan selera... biasanya saya campur dalam masakan sup.

    BalasPadam
  3. Wah.. rajin benor kak zana memasak.. terliur ni..

    BalasPadam
  4. Wow! Kak! Resipi sedap ni. Tgk rupa pun, menyelerakan. Boleh ikut resipi ni. Klu tuka labu kuning ke labu air, sedap jugak ni kak.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)