Kerabu mangga drp kakak........
Aku tak tau nak jelaskan berapa banyak dia guna mangga. Kalau untuk makan dua atau tiga orang, sebiji dua dah cukup agaknya. Aku tengok dia potongkan buah tomato (potong kiub), serai di hiris halus-halus. Cili hidup dan cili padi sedikit, bawang besar hiris.
Sotong putih dibuang kulit dan direbus. Hiris kecil-kecil. Kacang tanah di goreng tanpa minyak dan di kisar kasar. Sos ikan tak lupa........masukkan gula dan garam secukupnya. Perahkan air limau nipis setelah digaul semua bahan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)