Sabtu, 25hb Oct.....
Pagi lagi aku dah bangun, kena siapkan mee kari, tempahan drp sekolah suami ku. Katanya open house utk para guru. Tak banyak, untuk 30 orang aje.
Aku ni takde la pandai sangat masak mee kari. Sebenarnya yg cekap bab memasak ni, emak, kakak dan adik perempuan ku. Aku ni........kiranya.....mewarisi bakat emak kot. Kawan-kawan suami ku kata aku ni pandai memasak, tapi bagi aku tidak begitu. Cuma aku rajin mencuba dan tak putus asa. Sekali buat tak jadi, aku cuba lagi.
Mee kari yg ditempah siap dlm pukul 11 tepat. Jamuannya pukul 12 tengahari. Lupa pula nak snap gambar, kelam kabut buat kerja, maklum.......buat sorang. Suami bantu juga, rajin betul dia kat dapur, tolong basuh-basuh apa yg patut. Hemm.....suami mithali.........
Alaa........lupa nk snap gambar........
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)