Saje nak add link anak saudara ku kat sebelah ni. Rajin dan handsome gak orgnya......ish...kalau dia baca ni.......confirm senyum sumbing.....heheh....
Sebenarnya dia ada buka studio sebagai business keluarga, memandangkan sekarang ni susah nak cari kerja tetap. Nasib baik dia seorang yang berjimat cermat. Bukan dia saja, malah kesemua adik beradik mereka dah mula menabung sejak kecil lagi. Bila masing-masing dah dewasa, maka tertubuhlah studio ini.
Anak saudara ku ini takde la pandai main muzik pun. Adik lelaki bongsu dia saja yg bergiat dlm bidang ini. Dulu (kalau tak silap dlm tahun ini juga) ada masuk pertandingan anjuran rtm tapi hanya keperingkat awal, mungkin irama yg mereka bawa kurang diminati atau tidak sesuai dgn halwa telinga mereka yg lebih berusia. Lagi pula trend sms skrg ni susah nak ramal.........tapi aku yakin kalau mereka bersungguh-sungguh ingin mencipta nama di persada seni, insyaAllah akan berjaya. Dengan ilmu yg mereka ada, penampilan yg bersih dan kerja keras membawa nama kumpulan.......tak mustahil kejayaan menanti mereka........
Sebagai ibu saudara, aku hanya mampu mendoakan kejayaan anak-anak buah ku ini. Walaupun kami tidak rapat atau mesra (mereka ni semua pendiam dan pemalu), aku hanya ingin dihormati dan diingati oleh mereka bila masing-masing telah berkeluarga dan mengecap bahagia. Amin.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)