my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Open house lagi......


Hemm.......makan-makan lagi......hari selasa, tempat kerja abang ipar ku adakan majlis hari raya. Sebelum tu, aku dah offer kat kakak, kalau perlukan tenaga kerja, aku dan suami sudi tolong sebab kebetulan suami tak kesekolah, masih cuti lagi. Drp dok melepak dan melangut kat rumah, baik tolong kakak.

9 pagi aku dan suami dah ada dirumah kakak. Kesian tengok dia, kerja banyak......tangan pula alahan sabun. Nasib baik lauk ikan sambal, mak yg masakkan. Kakak sediakan nasi putih, kerabu mangga, udang masak lemak, air minuman, telor masin, rendang dll lagi. Pukul 10 pagi kena bersiap utk kepejabat abg ipar ku. Dia ada meeting pulak..........tapi dia hantar tiga empat org kakitangan dia utk membantu.

Ada juga nyanyian drp Datuk Sabri (Menteri Belia dan Sukan), lagu 'dangdut' lagi.......ada persembahan ghazal dan kumpulan Sharp Shooter yg sudah tentu dianggotai oleh anak saudara ku.
Majlis bermula pukul 12 hingga 2 petang. Selesai majlis, abg ipar ku bercadang menjemput teman anak-anak mereka kerumah petang itu juga. Kakak dah pening kepala, letih yg tadi tak hilang, nak masak lagi lepas ni. Aku tawarkan diri membantu, lagi pun bukan orang lain yg nak datang. Kaum kerabat sendiri je.......anak-anak saudara yg paling meriah...
Kakak cuba talipon orang yg jual sate tapi tak jual pula hari tu.......hemm....beginilah orang melayu. Sekejap niaga, sekejap tutup...........sate ni kakak dah biasa tempah. Dia tak makan sate 'jenama' lain...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)