my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kalaulah....

Salam Sejahtera....

Sabtu lepas, masa aku dan suami hantar anak ke sekolah Kafa, mata ku leka melihat pokok2 sepanjang perjalanan ke sana.....

Ketika itu la aku teringat 'musim bunga' di negara luar sana. Alangkah seronoknya jika negara kita dapat mengalami cuaca 4 musim? Aziz selalu berangan, kan best kalau Malaysia ada salji, ada musim bunga, boleh ambil gambar dan bla...bla...bla...

Aku kata kat dia, tu pasal la ibu dengan ayah asyik membebel suruh belajar rajin2, boleh pergi luar negeri. Bila dapat keluar negeri, boleh ibu dgn ayah tumpang sama......tapi....ntah la...kalau la umur ku panjang!

Mudah2an satu hari nanti hajat anak ku akan di makbulkan hendaknya. Kalau tengok pada keputusan ujian baru2 ni, sungguh memberangsangkan, dapat nombor 2 dalam kelas. Hehe.....ketua kelas pun boleh kalah dengan anak buah.

Oh ye, berbalik pada cerita di atas tadi, aku sempat la snap gambar guna handphone aku yang canggih tu (canggih ke kalau setakat Sony Ericson? boleh la drp takde, syukur kalau nak banding dgn orang lain yang tak mampu nak beli)

pokok apa agaknya yg banyak berbunga macam ni? bab2 tanam pokok ni aku kurang ilmu sikit.....

7 ulasan:

  1. Salam kak zana..
    ni my peberet bunge..mmg suke sgt tgk bunge ni rasa cam berada kt negara jepon sbb ada mcm ala ala sakura..skrg tgh musim ni..namanya Tababuya Flowers..cuba akak cr maklumat kt wikipedia ada tu..thn ni la baru jumpe n tgk bunga ni sblm ni kite taktau pon..nk ambik gak gambar tp lom sempat lagi la..bagos akak sempat je snapkan..

    BalasPadam
  2. cepat la ambik gmbr.....setau akak bunga2 ni mudah luruh...hehe..merasa gak musim bunga yek?

    tinggal tunggu salji je turun!

    BalasPadam
  3. Salaam kak...

    Cantik dah gambar yang akak snap guna kamera handphone. Kurang-kurang, handphone akak ada kamera. Fon kita tak ada kamera lagi. Kalau ada pun, kita tak reti guna! Hahaha...

    Ala kak, untuk sememntara waktu, akak imagine je la, akak tengah snap gambar bunga sakura.... hihihi..

    BalasPadam
  4. mama.....sama la mcm kakak kita kt sana, punya la canggih hp tp sms tak reti2...

    BalasPadam
  5. Salam kak Zana,
    Pokok tu memang cantik kan.dulu kat depan fakulti ada jugak pokok ni..sangat cantik bila berbunga lebat macam tu. macam dok akt jepun pulak rasanya.hehe

    BalasPadam
  6. Wslm Ijan...
    tu yg terimbau kenangan masa kursus kt Jepun tp msa tu akak tak rasa musim bunga, musim luruh n salji je..

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)