my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Kek Span Coklat dan Tiramisu

Salam Sejahtera....

Minggu lepas, jiran sebelah hulur kek tiramisu (lady fingers). Aziz dengan ayahnya bukan main lagi, menjilat jari aku tengok. Mentang2 la ibu dia tak pernah buat, sampaikan suruh aku minta resepi kat mereka. Malu la aku........dah la dia orang tu bujang!

Jalan2 rumah Ijan, kebetulan dia pun buat tiramisu juga. Barang2 dah lama aku beli, tunggu nak godeh je. Kalau beli dikedai ntah berapa agaknya. Baik aku buat sendiri, tak susah rupanya.

Mula2 aku buat kek span coklat dulu, ikut buku resepi Chef Anuar 2. Jangan gelak tengok kek aku tu, sebab aku guna acuan kuih bakar. Resepi ni perlukan loyang ukuran 7 inci, aku takde loyang besar tu. Ada 9 inci kalau tak silap. Fikir punya fikir, guna je la loyang ni, bukan untuk siapa pun......sendiri punya je....

KEK SPAN COKLAT (Chef Anuar)

4 biji telur (gred B)
20 gm serbuk koko
100 gm tepung gandum
120 gm gula kastor
10 gm ovalette
20 ml air
20 ml minyak jagung (kalau takde, guna margarine atau butter yg di cairkan)

1. Pecahkan telur ke dalam mangkuk pembancuh.
2. Campurkan serbuk koko dengan tepung dan gaul rata.
    Masukkan di dalam mangkuk berisi telur.
3. Masukkan gula, ovalette dan air. Putar adunan sehingga kembang 10 hingga 15 minit pada kelajuan tinggi.
4. Perlahankan putaran dan masukkan minyak. Kacau rata.
5. Masukkan adunan di dalam acuan bulat bergaris pusat 18 cm (7 inci) dan bakar lebih kurang 35 minit   sehingga masak pada suhu 170 darjah celcius.

Bila dah masak, biarkan sejuk baru potong2 masuk dalam bekas kecil ataupun kalau nak cepat, buat macam kak-e. Masuk dalam mangkuk besar. Aku tiru Ijan, masuk dalam gelas comel. Buat dalam 5 gelas, selebihnya (dah malas ni sebab letih) masuk dalam mangkuk biasa je.

Mungkin ada yang dah tau resepi ni. Takpe, aku share lagi di sini.....terima kasih kak-e dan Ijan kerana resepi ni kesukaan anak. Malam tadi tak sempat2 nak sejukkan dia dah bedal 2 cawan. Pagi tadi pun nak sarapan ni juga. Aku kata tak sesuai nak makan pagi2, tunggu balik dari sekolah Kafa baru makan.

TIRAMISU SIMPLE (Kak-e)

1 biji sponge kek
250 ml whiping krim
200 ml krim cheese
1/2 cwn gula halus
1 cwn air panas (bancuh nescafe)
1 sudu makan serbuk nescafe
serbuk koko utk hiasan

1. Bancuh nescafe dengan 1 cwn air panas.
2. Satukan gula, cheese dan krim. Pukul hingga kembang dan gebu.
3. Potong kek 3 bahgian. Susun satu bahgian dalam bekas.
4. Tuang 1/3 bahgian bancuhan nescafe atas kek.
5. Sapu 1/3 bahgian adunan krim cheese atas kek.
6. Susun lagi kek sebahgiannya.
7. Ulang sampai habis dan tutup dengan cling film.
8. Simpan dalam peti sejuk.
9. Hias dengan serbuk koko (aku tambah sendiri coklat rice)

5 cwn dah cukup utk 3 org

amacam? terliur tak?


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)