my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Buah bambangan...pembuka selera (iye ke?)

Salam Sejahtera....

Tak pernah aku teringin makan buah bambangan ni masa baru2 menetap di Sabah. Tapi ramai orang kata, sedap (orang sabah ler). Tengok pada kulit je, aku dah tak berminat.

Tapi, baru2 ni kawan si abe datang dan sedekah buah ni. Ada 3 biji dia bagi. Dua biji aku berikan pada orang sebelah. Sebiji lagi tu, aku nak cuba makan. Bila di kupas, sedap baunya, macam buah mangga tapi bila ku rasa, tak berapa manis.

Tengok resepi kat internet macam senang je nak buat. Aku pun kopek dan potong2 dadu (ikut suka aku ler).....haaa....tang biji tu....memang seksa aku di buatnya. Terpelanting sana sini aku kerjakan! Bukan senang nak dapat isi dalam tu (biji bambangan) dah la parang aku tu comel je!

Akhirnya aku berjaya setelah berpeluh2 menetak dengan bersungguh2. Gigih ni nak tengok isi dalam!

gitu rupanya biji buah bambangan? selama ni makan buah mangga pun tak pernah kopak tengok biji dalam...

Biji bambangan di parut dan gaul dengan isi buahnya, letak garam serta cili padi sedikit. Perap dalam bekas, tak tau la berapa hari baru boleh makan. Kita tengok lepas ni apa jadi......

3 ulasan:

  1. baru minggu lepas my mom belikan buah bambangan...bau cam nasi basi..tp rasa..tip top !!!

    BalasPadam
  2. akak peram dah beberapa hari, tak tau bila boleh makan. hari2 buka penutup botol, tgk jd ke tak...hehe..

    BalasPadam
  3. Musim Bambangan di Sabah adalah sekitar bulan Oktober hingga Disember. Harga Bambangan pada masa ini sangat murah dan amat mudah untuk memperolehinya. Di sini ada juga video yang menunjukkan cara-cara membuat Jeruk Bambangan. - http://hellokotakinabalu.blogspot.com/2012/10/think-bambangan-think-sabah_24.html

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)