Sambung balik cerita pasal biskut famous amous tadi.
"Ibu......kalau ibu buat biskut tu, buat banyak tau sebab Aziz nak makan pagi, tengahari, petang dan malam. Nak bawa bekal ke sekolah lagi!"
"Amboi? hari2 nak makan biskut je? ok la....ibu cuba buat, kalau tak sama.....jangan komplen pulak"
Cari2 resepi biskut famous amous tu, terjumpa fotopage erynejasmine........terima kasih ye, walaupun ada lagi resepi yang macam ni tapi aku berkenan cuba eryne punya..
CHOCOLATE CHIP ALA FAMOUS AMOUS
1 cwn butter
1 1/2 cwn tepung gandum
1/2 cwn tepung jagung
1 s/k soda bikabonat
1 cwn gula halus
1 cwn gula perang
2 1/2 cwn oat mesin halus
12 oz coklat chip (kalau tak tau ukuran dlm gram, klik kt hp je)
1/2 s/k garam
9 oz coklate cadburry (parut)
2 biji telur
1 s/k baking powder
1 1/2 cwn chopped nut (saya campur walnut dan badam)
1 s/k vanilla
Masukkan telur, vanila, tepung, oat, garam, baking powder, soda bikabonat.
Masukkan chocolate chip, cadburry bar dan lain2. Gaul rata.
Sudu dalam loyang dengan jarak 2 inci.
Bakar selama 15 minit dengan suhu 170C.
nota: terus terang biskut aku tu tak lengkap chocolate chip dan chocolat cadbury
tapi tetap rangup dan sedap kerana ada oat dan kekacang.
Salam kak zana..nampak sedaplah..serius nnt nak cuba lah biskut ni :)
BalasPadamcubalah...mmg sedap punya, rangup walaupun tak cukup chocolate chip dan bahan2 lain tu..
BalasPadamdua jenis biskut dayah nak cuba dari blog akak nih.. :)
BalasPadam