my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Jom beli buku!!


Semalam kakpb pergi The Mines, apa lagi? Pesta buku berleluasa di sana.....rugi kalau pergi dan balik dengan tangan kosong. Peminat novel harus pergi beramai-ramai, bawa anak, adik, mak bapak sekali. Murah je, RM8 dan RM5 komik untuk anak. Kakpb beli satu set RM15, ada 6 buku kalau tak silap.

Selebihnya buku ibu ler......walau nak khatam tu makan tahun, tak kisah la......kalau nak beli kat luar mau dalam puluh2 ringgit. Semuanya dalam Bahasa Inggeris. Macam faham  je kan? eh....ingat kakpb tak boleh baca buku inggeris ke? insyaallah....dengan kemudahan yang ada di rumah seperti Kamus Besta dan sebagainya, semuanya menjadi begitu mudah.

Novel bahasa melayu kakpb tak beli sebab banyak kisah cinta, gua tak layan sangat la....hehe...takde masa. Walaupun suka tengok drama cinta tapi kalau novel-novel ni agak kurang minatnya. Lebih suka kisah masyarakat, kisah benar yang berlaku sekarang ni.

Ada masa lagi tau, jangan tak pergi!

8 ulasan:

  1. Jauhlah znaa... kalau dekat mesti kakak dah pergi. Kakak masih layan lagi majalah cinta walau dah tua hihi... kadang baca novel anak dara kakak punya tau..

    BalasPadam
  2. sy xsempat pg BBW lg kak...tp tertarik tgk buku cross stitch akak tu...terase berminat dgn menjahit pulak..

    BalasPadam
  3. Hari tu dah borong masa pergi dengan Kak Zakie.. Tak khatam lagi. Berbaloi beli sebab banyak diskaun.

    BalasPadam
  4. kalau saya yang beli tu, kena sediakan kamus kat sebelah.hehehe

    BalasPadam
  5. QH pon begitu klau pegi ke book fair bleh mgila mbelinya..tp spi umh belek2 tgk gmbr aje..jnji buku tu dh ade dlm umh..hehe..mcm2 kan..

    BalasPadam
  6. Zana kakak memang di Johor. Kakak tak ada FB tapi zana boleh contact via email office kakak at promceil@streamyx.com Tapi hari ini Johor cuti sempena hol sultan Johor. Esok baru kakak kerja.

    Hope to receive your msg tomorrow.

    BalasPadam
  7. seronok membeli belah buku..
    klu saya membawa anak2..pasti novel jiwang2 terlaris di pasaran selain buku imliah...

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)