Assalammualaikum semua....
Hari ni hari Jumaat terakhir untuk tahun 2012. Minggu depan kita dah masuk tahun 2013 pula. Cepatnya masa berlalu, pantas sekali meninggalkan kita yang semakin berusia. Apa azam tahun baru ye? Bagi kakpb seperti biasa, tiada baru tiada lama. Azam yang tersimpan di hati, biarlah hanya kita yang tahu. Kalau di war-warkan, tak tertunai nanti......terkilan pula rasanya.
Kakpb kurang sihat pula sejak balik dari semenanjung. Demam dan selsema berbalik-balik. Mungkinkah sebab kakpb minum Pamoga Vida Beauty? Entahlah....baru mencuba beberapa hari. Harap tidak berterusan kerana banyak perkara nak uruskan. Karipap frozen makcik tempah belum dapat di hantar, perkakas sekolah anak belum shopping. Cikgu fahmi ajak bercuti sekitar Kudat sana pun tak pasti lagi boleh pergi atau tidak.
Dalam pada tak sihat semalam (hari ni juga) kakpb sempat masak daging korban yang masih belum habis dalam peti. Masak simple je, ikut cita rasa sendiri.
Takde special pun, perap daging dengan bawang putih, halia, gula, garam. Tumis macam biasa, ikut suka nak letak apa pun. Kakpb tumbukkan lada hitam, letak sos tiram....masak dengan api kecil. Last sekali letak kacang panjang dan lobak. Ni masak tengahari, berfotonya belah petang, tu yang kecut sayur tu.
Semalam cikgu fahmi poskan barang ke semenanjung untuk emak dia dan adik perempuan dia. Cuma ikan bilis permintaan mereka. Mahal juga kalau pos biasa ni, katanya pos laju punya borang dah habis......sampai macam tu sekali.
Kalau dah nama ibu nie zana tak sihat pun kena sediakan makan juga kan. Kita tak selera tapi anak nak makan.
BalasPadamIkan bilis sana memang fresh zana, mahal pun demi mak pos juga.
org kata kalau kita amik sesuatu..ubat ke...supplement ke...jika penyakit bertambah teruk..tu tanda proses penyah toksin berlaku...
BalasPadamsedap je nampak daging tu Kak..
BalasPadammoga cepat sembuh ya...:)
get well soon ya kak...
BalasPadamSakit-sakit pun kena masak jugak untuk keluarkan kak..
BalasPadamAmboi berkotak-kotak hantar ke semenanjung ke? Kak PB ni dekat Sabah/Sarawak ke? Tak sempat baca yang lain..
Style Me Gorgeous By Qashmere For All & Plus Size Fashion
Blog Qashmere
Take Care Sis
pos biasa lagi mahal dari pos laju ke??? Eh! Biar betul...
BalasPadamKak Zana cepat sembuh ya..
Moga kak zana cepat sembuh ye.
BalasPadamWow! Ikan bilis dr Sabah? Mcm menarik. Heheheh! Aritu, kwn mak sy g sabah. Bagi buah tangan udang kering. Byk sgt! ctk je upenye. Heheheheh....
BalasPadamBonda saya pun makan Pamoga tu. Dia suka. Dah banyak botol dia minum. Dia kata badan jadi ringan selesa.
BalasPadamassalam kpb
BalasPadamsemoga cepat sembuh ye
cepatkan ...dah nak thn 2013
kasihan kat akak. semoga cepat sihat. makan ubat yea.
BalasPadamSalam kak pb.. kesiannye xsihat ye.. semoga cepat sembuh.. minum air byk2. suruh hasben akak je yg masak. hihi
BalasPadampenat gaknye tu kak, moga cepat sembuh..
BalasPadamSalam kak yangSetia...hihi...dh mkn ubt lom....sblm mkn ubt meh lah join mamam cekodok duyon ni hoho....terluir tgok akak tayng kat IG...:-P
BalasPadam-sury_cha@ sury @25 february.. ;-)
Salam.. Wah banyak tu bungkusan yang nak dihantar.. Jaga kesihatan ye kak. Semoga akak cepat sembuh..
BalasPadamberapa hari nak sampai kalu guna pos biasa zana? ikan bilis sabah memang sedap..
BalasPadamjaga kesihatan..moga cepat semboh..
seperti emak
BalasPadamwalaupun sakit, tp tetap juga menyediakan lauk pauk..
tp sbg anak2
kami suka juga kalau emak tak masak bila sakit..
sebab dpt makan luar,,
hahaha
mohon cepat sembuh tau kak :)
BalasPadamAgaknya penat tu... bawa-bawalah berehat ye...kalau paksa buat kerja, nanti melarat pula sakitnya...
BalasPadam