my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Memuatkan ...

Perlis ke Kedah

Sebenarnya takde pun cerita menarik nak kongsi dalam perjalanan kami ke Perlis tempohari (semalam baru balik Kelantan) Kakpb dan keluarga memang belum pernah ke Perlis melainkan sampai jeti ketika nak ke Langkawi dulu. Macam dah banyak perubahan sekarang ni. Masa sampai sekitar jeti (hotel Putra Brasmana berdepan dengan jeti) ramai juga kakpb tengok orang yang menunggu feri nak ke Langkawi, kami pandang je ler.....takde chance nak naik sebab tujuan ke sana pun nak uruskan hostel untuk adik ipar yang dah tahun akhir di UITM. Kesian kami kan? Dah nampak pulau pun masih belum ada peluang pergi. Kakpb ok lagi sebab dah 3 kali rasanya ke Langkawi. Cuma gunung matcincang tu yang kakpb belum jejak. Cikgu fahmi laaaaagi kesian, belum pernah ke Langkawi. Ingat nanti nak direct dari KK ke Langkawi kalau ada tiket murah.

Kisah perjalanan kami dari Kelantan ke Arau tak kesampaian sebab bermalam di Kuala Perlis. Esoknya baru ke Arau. Sukalah kakpb dengan Perlis ni, pemandangannya cantik, bersih, tak banyak bangunan tinggi, kereta tak sesak, jalan tak jem.....wah....macam nak pindah sini je.

 Gambar bujang tu bukan kat Brasmana, tu kat hotel Samilla....Alor Staq...

Hotel Putra Brasmana agak mahal kalau nak bandingkan biliknya yang kecil, katil single dua-dua. Kami pula berempat, apa lagi......sampai je, terus kemas bilik, buat macam rumah sendiri:) kami rapatkan katil, berlonggoklah atas tu ramai-ramai. Kakpb tak boleh tidur lena, sampai pukul 1 lebih masih terkebil-kebil. Sudahnya, ambil cadar bentang kat bawah.....lepas beberapa jam, cikgu fahmi pula tidur bawah, gilir-gilir.

Depan hotel Brasmana ada kedai makanan laut, ketam, kerang, sotong (tak best langsung sotong goreng dia, rasa macam nak ajar je buat sotong goreng tepung) Cikgu fahmi order ikan siakap bakar, kerang rebus, sotong goreng pedas tapi dia buat sotong goreng tepung. Sengal betul la.....dia punya sambal asam boleh puji, memang sedap. Teh tarik dia kakpb rasa pelik sikit, teh pekat dengan susu cair kot. Harga berpatutan kalau nak banding dengan Sabah, sini murah lagi. Sedap ke tak sedap, licin juga kami bedal sebab dari tengahari tak makan, letak batang kayu pun habis kami ratah agaknya!! Apa tak laparnya, check in hotel pukul 4.30 petang.

Atas (Singgahsana Utara Restaurant dan bawah kiri saja snap papantanda Kodiang, sibuk cikgu fahmi suruh snap. Gambar kanan, kat restoran D dapur Ibu)


Urusan kat ITM takyah cerita la.....keluar masuk entah berapa kali. Kiranya kita orang takde kemana pun. Rancang nak ke Gua Kelam pun terbantut sebab cuaca tak elok, hujan....tambah pula letih teramat sangat.

Cadang nak balik hari Sabtu tak menjadi sebab cikgu fahmi letih drive sorang. Bininya tak pandai bawa kereta auto, nasib la kan? Hari Ahad tu kami cari hotel sekitar Alor Star, hotel Samilla. Dapat harga murah, katanya harga sebenar RM100 keatas tapi sebab orang tak ramai, dia bagi RM70 kat kita. Ok la tu, bilik besar, katil single yang dah di cantum....hehe...ada ruang nak kehulu kehilir depan tv tu.

Makan malam kami di Restoran D'Dapur Ibu, dekat dengan masjid. Boleh tahan mi bandung, nasi goreng usa.....cuma tomyam cikgu fahmi order agak tawar dan kurang masamnya.

Sepanjang jalan kakpb suka lihat pemandangan sawah padi. Kakpb cakap kat cikgu fahmi, kalaulah dapat jalan sekitar sawah tu kan best? Tapi jangan haraplah dia nak berhenti. Entah macam mana, hari yang kami nak ambil barang-barang adik ipar di rumah sewa mereka, kebetulan rumah orang tu betul-betul di kawasan sawah padi. Peluang baik ni, kakpb pun berfoto bagai. Orang sibuk angkut barang, kami sibuk berfoto. Nak tengok (kalau nak tengok la....bukan cantik sangat pun kakpb ni, boleh ke Instagram kakpb tapi belum upload sebab gambar semua dalam S3 kakpb)

Paling suka dapat makan nasi kerabu di Restoran SinggahSana Utara, kat Arau. Sedap-sedap lauk di sini dan harga pun tak mahal. Kami sarapan pagi dan makan tengahari di sini.



haaaaa....paling kakpb suka bila dapat makan sengkuang calit ni. Teringat masa sekolah menengah dulu, kat Johor, suka sangat beli sengkuang ni tapi orang tu buat sengkuangnya double. Ni sekeping je.....cikgu fahmi dan anak rasa pelik.....iyelah..kat Kelantan takde kot? Balik Sabah nak buatlah, ada sesiapa yang tau resipi? ke guna kuah rojak mak bee je? :) kemaruk sangat ni....

18 ulasan:

  1. Asslmkum Kak Zana.
    Sue pun walau kg hb di perlis. Klu pi kuala perlis tu, tengok ja la org naik feri ke Langkawai. Jgn harap hb nak bawak klu ramai org mcm tu. Hehehehee
    Perlis kecik ja kan..Setengah hari ja pun dah boleh pusing satu Perlis..(^_^)

    BalasPadam
  2. waalaikummussalam sue, insyaallah ada rezeki boleh jln Langkawi. Jgn sampai kakpb bertongkat, sudah laaa...haha...

    BalasPadam
  3. Sy teringin nak cuti2 kat Perlis tu. Rindu pun ya. Dulu, kmpg Tok Ki sy kat sana. Pastu, Tok Ki sy pindah ke Ganu. Sy membsr kat kmpg Perlis tu. Aishh! Rindu betul!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali jalan ke utara, best juga Fara. Rindu...kenalah tengok walau orgnya tiada.

      Padam
  4. Balasan
    1. terima kasih TiranaAduka, biasa2 je jln dgn famili.

      Padam
  5. Salam kakpb...first time mengomen kat sini...sengkuang tu nampak sedap sangat...masa kecik2 dulu biasa makan sengkuang camtu...ia mengimbau kenangan silam...:)...saya dah pernah naik cable car gunung mat cincang tu...rasanya bior le itu yg pertama dan terakhir...macam cari penyakit aje...hehe...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak mencabar ke kkida naik gunung matcincang tu? ke gayat? hehe...tu yg best, lps naik taknak lagi dah.

      Padam
  6. dayah nyaris nak singgah mkn kat dpn hotel tu sbb nmpk cantik kan...atas laut..
    (mujur tak singgah klu tak tak puas mkn sotong hehe)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak lagi dayah tempat lain, cubalah. Mungkin akak terkena kedai yg tak best.

      Padam
  7. lama tak mkn sengkuang mcm tu :)

    BalasPadam
  8. lama tak makan sengkuang calit..akk guna rojak buah aje.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau org lain buat lagi sedap kak yon, ckp org malas ni..

      Padam
  9. sampai ke perlis dah..hehehehe

    BalasPadam
  10. Salam Zana..
    Wah seronoknya pergi Perlis. Saya pun dah lama tak pegi Perlis jalan-jalan. Tak pegi Padang Besar kah? Sana shopping best.

    Sengkuang sekeping camtuh saya lebih suka buat sendiri jer skang ni. Tabur kacang tanah banyak-banyak. Sos beli di pasar yg timbang punya. Sekilo baru RM6.

    *pssstttt Kuah Rojak Mak Bee saya dengar sudah diragui halalnya. Ntah betul ntah tidak tapi family saya di Perak semua stop beli.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummussalam....tak sempat nak ke Padang Besar, mertua nak guna kereta pulak.

      laaa...ye ke? kat rumah ada lagi stok mak bee, stop dulu mkn mcm tu.

      Padam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)