my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Durian Crepe... akhirnya merasa juga!


Akhirnyaaaa......dalam keadaan tak sihat dapat juga menunaikan janji pada diri sendiri untuk merasa, membuat Durian Crepe yang tengah meletop-letop di pasaran. Eh...iye ke? selama kat semenanjung, kakpb tak nampak pun orang jual di shopping complex. Mungkin di tempat tertentu ada jual agaknya....

Dua biji durian kakpb dah beli ketika baru balik dari semenanjung. Cikgu fahmi macam tak setuju je masa beli tu sebab di kampong dah puas makan durian. Dia mana tau bini dia nak buat durian crepe. Bila dah ada kat rumah, teringin pula nak kopek durian tu, takkan nak tengok je. Sebiji kita makan, sebiji lagi kupas isinya dan simpan dalam peti dulu. Kakpb tak buat juga hinggalah semalam baru merajinkan diri membuatnya.

Terima kasih pada empunya blog seperti SCANIAZ dan KAKZU semanisgula sebagai rujukan bagi kami yang baru nak mencuba. Ada juga meronda ke blog Izah Daut dan teman2 lain. Myresipi.com juga kakpb refer.


DURIAN CREPE
oleh: blogsurirumah
copy paste resipi dari blog Scaniaz

  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus
Fillingnya kakpb ikut macam Kakzu, 200 gm whipping cream dan putar hingga kental.
Cara-caranya seperti biasa kita buat pancake. Kakpb masukkan semua bahan dalam blender lepas tu tapiskan. Senang je....:) Kakpb tak tuliskan cara-cara membuatnya, boleh tengok kat blog mereka yang di atas tu ye, mereka yang rajin sesangat.

Nak tambah sikit, betul ke ni Nasi Goreng Pataya Thai? Kakpb makan kat kedai tempohari, teringin nak rasa, order la,,,,,,





Tapi....tidak menepati citarasa kakpb, nasinya dibungkus dalam telor dadar. Dikelilingnya kuah tauco, seolah kita makan bubur pula. Atasnya sayur dan sotong. Baik buat sendiri kan?

18 ulasan:

  1. Rajinnya akak buat durian crepe.. Nak seketul!

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum kak hee npk akk punye crepe mcm nak buat lg je...teringat selalu sdp...

    BalasPadam
  3. wahh..dah merasa dah??akak lum lagi

    BalasPadam
  4. Saya belum merasa lagi durian crape tue...

    BalasPadam
  5. Saya belum merasa lagi durian crape tue...

    BalasPadam
  6. Saya belum merasa lagi durian crape tue...

    BalasPadam
  7. Kakak nie zana merasa tak lagi buat apa lagi. Tengok ajelah..

    BalasPadam
  8. nasi goreng pattaya thai. memang layan :)

    BalasPadam
  9. Cikgu Fahmi makan tak durian crepe???

    Nasi goreng Pattaya berkuah namanya, hehehe

    BalasPadam
  10. Zana pandai buat juga. Kak Azie langsung tak reti buat. Tahu makan saja. Tapi peminat durian mentah ni, bagi apa pun semua suka, as long ada durian!

    BalasPadam
  11. Tak berani dah nak buat crepe durian lagi sebab makan tak tahu nak berhenti!

    BalasPadam
  12. sedap tau durian crepe tu kakpb, sya dh buat byk kali pn masih x puas2......kalo blh hr2 nk ngap dia...hihi

    BalasPadam
  13. durian crepe ni, buat sendiri lagi puas hati daripada beli..hehehe

    BalasPadam
  14. Hari tu Saya order je dgn kawan...Kalau boleh buat sendiri baru puashati kan kak

    BalasPadam
  15. Salam..kak yangS..hihi..montok ar..cantek..smpai jgak hajat ye..alhamdulillah dpt dh merasa..lain kali buat lh lagi filing lain pulak..heee

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)