my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Puri Kentang

Asyik tertangguh nak update blog. Maaf ye kalau datang sini kekadang boring je takde entry menarik. Manalah nak cari entry yang panas meletop? Kalau blog hiburan, politik, artis......haruslah banyak kontroversinya. Takpelah.....ni pun kira dah meletop ni yang kat bawah!!

Kakpb seminggu sekali suka pergi restoran BTC di Luyang, order puri. Nak kata suka sangat, tak jugalah....tapi anak bujang kakpb suka tosei dan roti canainya. Tempat lain tak menepati selera dia. Susah betul kalau nak cari restoran kesukaan dia. Habis2 fikir kami masuk fast food.

Sebenarnya dah lama sangat nak cuba buat sendiri. Hari tu terpandang kat fb si Tun Telani, membuak2 pula semangat nak mencubanya. Kebetulan free tak kemana, buatlah dengan kari ayam sekali.

Cantik tak kembongnya? Mula2 goreng dia melepek je.....tau dah apa yang tak kena. Kakpb canai nipis2, barulah dia naik kembong.


Tu diaaaaa.....kakpb siap selangkah jauh dari kuali...haha..konon takut puri memecah kena muka.
Abaikan kuali yang dah lebih 10 tahun usianya...sayang nak ganti lain. Guna selagi belum retak!!


 
Siram-siramkan je ketika menggorengnya....ish..sekali sekala makan oklah. Jenis berminyak macam ni baik korang guna minyak jagung/sayur untuk menggoreng.

Kakpb share juga disini resipinya walaupun dah ramai yang share. Terima kasih pada kakfida myresipi kerana berkongsi resipi yang kakpb suka sangat. Lembut dan sedap, tak terasa makan 3 keping hari tu. 

PURI KENTANG
@blogsurirumah
sumber: myresipi

Bahan-bahan ( 8 keping )

  • 125 g kentang - rebus empuk dan lecek halus
  • 120 g tepung gandum (1 cawan rata)
  • 1 sk garam
  • 50 ml air hangat (10 sb)
  • secukup minyak masak untuk goreng terendam

Cara-cara

  1. Kentang lecek dicampur dgn tepung dan garam dan digaul rata.
  2. Tuang air hangat sedikit2 ke dlm adunan kentang dan uli hingga tak lekat ditangan.Tambah tepung jika adunan terlembik.Tutup dgn plastik atau kain lembap dan perap 30 min.
  3. Doh di bahagi 8 dan dibulat2kan menjadi bebola kecil.
  4. Canai bebola doh tadi sebesar tapak tangan,buat hingga habis dan dibiarkan 10 min. sementara minyak dipanaskan di dalam kuali.
  5. Goreng doh yg dicanai sekeping2 dlm minyak terendam.Sambil dibalik2kan dan disiram2kan minyak pd kedua2 belah puri.
  6. Goreng puri hingga kecoklatan,angkat dan toskan minyaknya.

4 ulasan:

  1. nyum2..sedapnya. salam kenal dari saya.

    http://teacherbasariah.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. selama ni,ida selalu dengar je, nama roti puri ni.. tp belum pernah rasa..
    bila kakpb dah kongsikan resepi ni.terasa macam nak cuba pulak..

    BalasPadam
  3. slm kak pb... elok kembong semua.. tun nyer ada yg kembong, ada kembong separuh jln, ada kempis.. hihi..

    BalasPadam
  4. guna kenteng? eehh, nak cubalah gak lah kakpb:-))

    selalu guna tepung gandum saja

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)