my best friend forever

iklan nuff

Sila godek

Donat

Salam Sejahtera....

Pagi minggu ni rajin pulak aku kedapur buat donat dengan roti jala utk sarapan pagi. Biasanya kita orang makan di luar sebelum hantar Aziz ke Kafa. Hari ni dia taknak sekolah, katanya semalam ustazah yang ajar dia tak datang. Budak2 kelas dia kena tumpang kelas orang. Hemm....dah la seminggu dua kali je sekolah, tak belajar pula, susah la macam ni. Tempat tu bukannya dekat, hampir 17 km perjalanan kesana. Walaupun bayaran bulanan hanya RM10, tak kisah la jauh mana pun, ilmu tu yang penting. Bila kita hantar dia tak dapat ilmu, rasa macam buang masa dan minyak je. Tengok la......lepas2 ni bila dia matang sikit, nak tukarkan dekat dengan rumah.

Ok....cerita pasal sarapan pagi tadi, aku buat donat ni, bukan dari resepi yang dulu...Donat Suria. Minta maaf la ye, pada yang empunya resepi. Secara jujurnya yang dulu tu bagi aku kurang lembut. Resepi yang ku ambil drp Kak Ros Fotopage ni memang lembut dan sedap, dah lama aku salin dlm buku. Bila aku cari balik link kak ros ni, aku tak jumpa pula.

DONAT

3 cwn tepung gandum
1 sudu besar gula
1 peket yis mauripan
(yg ni  aku guna 2 sudu teh instant yis)
2 sudu besar air
3/4 cwn susu cair
1 biji telur
3 sudu besar mentega
1/2 sudu kecil garam
1 1/4 sudu teh pelembut roti


Cara membuatnya macam biasa la kan? Aku tak salin sampai habis, maklum le......dah beberapa kali buat donat, aku rasa semua cara sama je.
Uli semua bahan dan biarkan ia kembang dalam masa satu jam.
Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin.
Terap seperti biasa dan biarkan doh naik hingga 2 kali ganda.
Goreng seperti biasa dan taburkan gula.
Selepas tu, dah boleh NGAP!

yg dulu acuan donat aku ciput je, sekali ngap dah abis tapi ni aku beli yg besar punya
confirm, lepas ni aku guna resepi ni bila2 nak buat lagi.....

nota aku: terima kasih kak ros walau dimana anda berada!

7 ulasan:

  1. salam kak zana.. menu kite sama ;la..tapi tadi donat kentang..bleh try resep ni pulak

    BalasPadam
  2. oh ye ke? akak tak penah buat donat pepagi tp disebabkan bosan mkn diluar, tkde pilihan pulak tu....

    BalasPadam
  3. Saya ni slalu kalu wat donut x brape lmbut..leh cuba la resepi ni

    BalasPadam
  4. akak hrp Nieza cuba, konpem sedap!

    BalasPadam
  5. Lama juga dah tak buat donut. Macam rasa nak makan je...

    BalasPadam
  6. Mamafami...tak sangka mama sudi dtg sini, glamer nma mama tau..
    anak akak suka donut, tu yg kena buat selalu, simpan dlm peti. bila nak mkn, dah boleh goreng.

    BalasPadam

"Pergilah pada hamba KU, lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya"- (hadis riwayat Thabrani dari Abu Umamah)